nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

19 July 2011

CSR JANDA BAIK MEMANG OWESOME!

Selama tiga hari lepas, iaitu bermula hari jumaat, sabtu dan ahad aku berkampung dengan geng2 scholarship yayasan tenaga nasional (ytn) kat  Badan Amal Nurzaharah, di Janda Baik, Pahang. Kitorang semua ke sana atas melaksanakan tanggungjawab kitorang sebagai pelajar tajaan, so kena buat csr la, taw ke csr tu ape? Csr tu corporate social responsibility, ala2 macam program amal la, but more to education.

baju untuk facilitator

Hmm, program ni kitorang plan agak lama la, dalam sebulan ke dua bulan tah, aku pon tak berapa nak ingat, sebab masa sekarang macam tak wujud je bagi aku, taw2 da hujung sem. Taw2 dah nak habis 2nd year aku, taw2 dah nak kawen. Eh tu bukan, sebab calon pon takde lagi. Alhamdulillah semua yang kitorang rancang berjalan dengan lancer, walaupon ada sikit cacat cela, tu normal la bagi first timer yang buat program, tambahan lagi kitorang student baru.
aktiviti jump in, jump out

Bagi aku program ni memang best. Aku malas citer panjang2. Aku citer part best je. Kat sana aku jadi faci untuk satu group yang terdiri daripada 5orang perempuan, 2orang form5, 3orang form4. Nama dorang aku ingat, akma, fatihah(andak), shima, zati, and ira. Mula2 agak malu dengan dorang. Dorang mula2 jumpe dengan aku da tunjuk otai. Mane tak segan aku. Then lama2 ok la, da mula korek2 sikit camne dorang behave, and taktaw la dorang ok ke x dengan aku, so far macam ok je.

Dari segi program, macam2 kitorang buat. Tapi overall aku Tanya, paling best program explorace, siap masok sungai semua, basa lencun dorang, bukan dorang je. Siap faci2 semua bantai mandi sungai jugak. Then bila program paling takbest plak, dorang cakap “Negara Atas Awan”. Pernah dengar tak? Die camni, kitorang bagi dorang 1kertas mah-jong, then dorang kena lukis la satu Negara idaman dorang, nak ada klcc berkembar lapan ke, nak ada shopping complex ke, then nanti time dorang present, faci2 ni akan Tanya macam2 sampai dorang rasa pressure gila. Benda ni memang berbentuk provokasi sikit, tujuanya nak bagi dorang taw camne nak handle stress and bila orang provoke, apa dorang perlu buat. Group aku memang ada sorang degil gila. Then time dorang nanges, puas ati aku, haha. Bukan jahat, Cuma rasa seronok buat dorang nanges. Hehe..

Time nak balik tu, memang agak sedih la. Ada ramai gak budak yang nanges time perjumpaan mentor mentee. Kat sana kitorang dah bahagikan budak2 tu. setiap kitorang akan dapat sorang adik angkat, macam mentee la. Kitorang mentor. Mentee aku afendi nama dia. 13tahun, kat sana orang panggil die zidan. Maybe sebab bola kot. Die ni jenis layan je. time kitorang nak balik tu tak nanges plak.

Tapi yang paling best aku dapat surat dari budak2 group aku la. 2surat je pon. Isi kandungan surat tu, biar la rahsia ek. Ramai la jugak faci2 ni dapat hadiah, ada dapat cushion Nippon paint tu la, FYI, eric leong datang tempat dorang renovate untuk program deko deko. Nanti keluar la kat tv. Time bulan puasa kot.
ruang rehat kawasan asrama lelaki, sumpah mewah. time pagi2 sejuk gila kot.

Nak cerita memang tak habis rasanya. Nanti bila budak2 lain upload gambar, aku curi masok blog ni ok? So far hemanraj sorang je upload. So aku curi kat die dulu.. hehe. 

yang belakang tu aku la wey.. 

kawasan wakaf, tempat hampir semua aktiviti dijalankan

kawasan asrama lelaki, dengan seorang model tak berbayar dari kalangan kitorang.

lepas program, semua bantai tido time tunggu bas

ketua biro program, faiz zakaria yang diva, bantal tu budak sana bagi. jelez gila aku. aku patot dapat jugak!


Ha satu lagi aku nak cerita, pada malam sabtu, dalam kol12.30pagi camtu, aku tengak call member aku, borak2 kejap, sambil2 tu aku tengok langit, cantik langit time tu. ada bintang, ada awan, ada cahaya bulan, then secara tak sengaja aku ternampak kalimah Allah kat langit. Time tu aku sorang2 je. tak sangka selama ni aku tengok je dalam internet, tapi malam tu Allah tunjuk depan mata aku. Kalimah tu bertahan dalam 3minit je. and aku semapt panggil kawan aku sorang je, syafiq yang time tu die pon tak tidor lagi. Subhanalah.. memang obvious kalimah Allah tu, runag2 antara awan tu yang membentuk kalimah tu, then kalimah Allah tu macam bercayaha dengan cahaya bulan. Aku tak dapat ambil gambar, sebab camera aku mmg tak clear waktu malam. 



4 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

mHas said...

gamba aku kot yg tgh jlan tu..

Azwa Mohamad said...

takde beza je kau dengan budak2 sekolah tu.... muka sepesen je, kahkahkah (^__^)V

Tieah Madian said...

Wah.. Bestnya.. Teringin aku nak dapat pengalaman kau macam malam sabtu tu.. Huhuhu.. Tapi aku tak berani nak tengok kat luar rumah malam2.. Lagi2 lepas jam 12..

afro said...

inyaAllah ada la peluang nnt. kenapa takut nk tengok langit malam2 plak? best kot. nampak bintang2, cahaya bulan, awan2.. tenang je..

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails