nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

27 May 2011

Perhimpuan sejuta belia kat putrajaya, confirm jam gile babi dekat putrajaya dalam masa 3ari ni. 27, 28, 29hb, hari ahad tu hari special aku kot. Haha, tapi korang taktaw kot. Korang bukan sayang aku.


Tadi sebenarnye aku pergi kat event tu, tapi bukan for fun la, under club silat. Mula ingat macam fun2, tapi lama2 makin krang fun die. Ni la tentative program hari belia aku untuk hari pertama, hari jumaat. Mula dari lepas solat jumaat.


#abes solat jumaat, chill kejap dalam kereta yang panas bahang, lepak2 dalam traffic jam depan masjid uniten, pastu pergi angkut dak2 silat, sorang nenek dekat murni, 3orang aweks dekat murni, dengan 2orang mamat cool, tapi kurang cool dari aku dekat amanah. Pastu amek photofibre dekat depan guard.

#total person dalam kete aku 8orang. Fuh ramai. Da lebih limit mpv kot. Kete dah macam mogok je. Jalan macam tak ikhlas. Nasib bek kete tu tak reti cakap. Kalo tak makan carut jela.

#alamak minyak kong. Da berkedip doe. Pergi isi minyak jap. Kena u-turn balik pergi petronas sebelah ikram tu. ok pergi isi, kete penuh, ada satu pump kosong, aku masuk la. Tangki minyak kete belah kiri tapi aku masuk parking nozzle minyak tu belah kanan. Ah bole tarik kot. Cool jela. Chill beb.

#jalan kaki pergi kaunter isi minyak, dengan confident aku hulur rm50 isi minyak. Isi sikit ke, isi banyak ke, sama je. Duit aku jugak. Ye tak?

#da sampai dekat pump, baru perasan, yang ron97 je yang ada dekat pump tu. demm terbakar la duit aku. Rm2.90 seliter. Damn! Damn!

#redha jela, tarik nak isi minyak, sekali tak lepas, hose die pendek, demm  demm! Ubah kete, da mula panic dah. Si nenek tak habis2 bising dalam kete. Menci.

#da setel isi minyak, straight pergi PLKU (Pusat Latihan Kajang Utama), hq silat gayong. Sebab kumpul dekat situ, nanti naik bas. Macam ape je. Dari uniten pergi kajang, pastu patah blek pergi putrajaya. Ah abaikan. Da komitmen, buat jela. Kalo kita buat program orang tak ikot sama jugak. Menyirap.

#TIBA-TIBA semua ahli rombongan kena pakai baju lain pulak. Baju rela. Demm tak suka. Dah la tak lawa (sori ter-jujur). Penat la dah dressing hensem2 kena tukar pulak. Adoi. Tertipu. Dapat baju RELA kaler kuning yang ada tulisan RELA besar2 dekat belakang. Sungguh tak cool.

#lupa nak bagitaw. Yang lain semua dak sekolah. Kitorang je dak uni. Sungguh tak cool.

#da sampai putrajaya, jam, macam biasa. Sejuta belia datang kot. Belum masuk orang tua2 dengan kanak2. Mau 17juta jugak total dia.

#then kitorang pon tunggu kat sana macam orang takde tujuan. Budak2 JPA3 pakai baju oren dok kawad berbaris kemain. Kitorang bersidai tepi jalan masing2 wat port sendiri. Takde pape briefing, takde sape2 lead. So buat macam rumah sendiri jela jambatan depan masjid putra tu. nak je aku tido. Ngantok kot.

#then tiba2 dapat rumour yang dorang suruh kumpul dekat dataran belia dan sukan (macam salah je nama). Ada cikgu silat nak datang, konon. Tunggu2 takde jugak. Sungguh tak cool.

#kol brape tah baru la kitorang mula berpecah nak jalan2. Kol 4lebey nak deakt2 kol5 camtu. Pastu dapat rumours lagi suruh kumpul balik dekat tempat turun bas kol5.30. bapak kejap.

#tadi sempat borak2 kejap dekat booth orang kerdil. Akak tu bawak anak die. Sebak plak aku tengok budak tu. serius sebak. Beru rasa bertuah dengan apa yang aku dapat. T_T maintain cool, air mata tak keluar. Yess!

#pergi dekat booth penjara, dapat keychain. Yey! Then brader penjara tu bagi nasik 6paket. Wow sungguh cool ma!. Tak pernah dibuat orang. Pastu say thanks, die bagi lagi 6paket. Macam taw2 je bugak uniten datang 12orang. Sungguh cool la jabatan penjara, walupon nasik keras sikit, tapi ada lauk ayam dengan ikan gorang kot. Double trouble wa cakap lu.

#ok ter-over pasal makan. Im sori (gaya amir loser rajalawak)

#posing2 depan kete kebal kejap, interview driver kete kebal kejap, ushar kete polis lancer kejap, dengar polis driver lancer tu gebang yang die bleh kuakan kete lancer polis dengan jarak kete depan sesiku je. Sungguh cool walaupon tak kedengaran logik. Serba salah aku nak percaya.

#kol5.30 dah, nak gerak kumpul. Pegang dengan janji la, walaupon taw orang lain belum ada punye. Semua melayu kot. Yang lain hilang pulak. Aku malas cari. Call pon tak dapat. Masalah betul.

#jalan2 nak balik ke bas sebab da lewat giler. Dan sepanjang jalan asal jumpe dj je, die tanye dengan segala mic speaker semua, “ni RELA mana ni dik?”. Fuck*ff la bro. Kitorang silat kot. Tapi protest u tak terkeluar. Biasa la. Minda kelas pertama. Balas dengan senyuman je.

#terlintas quote "kita berada ditempat yang salah, pada masa yang salah, dengan orang yang salah, memakai baju yang salah". yang baju tu photofibre yang tambah.

#masuk dalam bas, ada tido, ada makan nasik, aku lapa giler, tapi malas makan. Ngantok tapi aku jenis tak boleh tidor dalam kenderaan. Tahan mata jela.

#da sampai PLKU balik, tukar baju, PULANGKAN dekat plku. Nasib baik dorang bagi pinjam. Kalo bagi terus rasanya aku simpan ke kot. Sayang nak pakai. Bukan senang nak dapat baju rela print RELA besar2 dekat belakang. Cool kot. Kot la.

#hantar dak2 balik uniten.

#balik kajang.

#online dan masih belum mandi lagi sekarang.

#habis mengupdate blog.

#sekian.


p/s: letih menaip. walaupon malas2 entry still jadi panjang. apa la masalah aku. oarng bukan baca pon.
p/s/s: esok aku nak pergi lagi. tak habis round. lepas zohor kot. korang kalau nak datang, datang lepas kol3. kalo tak nanti aku susah nak parking kete. orait? deal ek??

25 May 2011

Dulu zaman kecik2 sape naik teksi die la paling kaya. Dari sg.buloh pergi tuition dekat perfection kepong naik teksi berapa ringgit tah, geng-geng aku naek bas je. Baru singgit. Tapi aku rasa takde yang pergi naik teksi. Saje reka-reka cerita. Tapi bila da masuk uni jadi terbalik plak. Sape naik teksi la koman, orang lain da bawak kete. Tapi naik teksi lagi cool ape. Dok rilek je kat sebelah, pastu dalam perjalanan tu cakap “ye” tak pun “haah” kat driver teksi tu, sebab selalunya driver teksi akan bagi expression/ luah perasaan kat korang. So baik korang setuju je kalo taknak kena tambang tiba2 naik jadi double. Petua ni, catit cepat!

So far aku dekat uniten kalo nak kuar pergi bandar, cewah ayat orang luar bandar, then aku call la uncle siva tu. jap lagi die suruh tunggu kat guard, cakap gaya macam die dah memang ada kat situ. Bila aku da tunggu takde pulak. Fuh berasap. Uncle, dulu saya foundation boleh la uncle kencing. So tadi aku call die, saje je rilek2 kejap, da lama sikit baru aku gerak. Tapi malangnya nasib uncle tu sebab die da memang ada kat situ. So dia tunggu aku la. Padan muka. So sekarang score jd 1-1.

Kadang best jugak dengar dorang borak. Walaupon terpaksa. Pernah sekali kena ceramah pasal belajar. Bukan nak kuaja tapi dorang suruh aku belajar sungguh-sungguh. Err memang bagus tapi amcam pelik. Tu ok lagi, ada kawan aku pernah kena, yang driver teksi tu cakap bugak engineering la course paling senang. Amboi kemain. Bang cuba try lukis graph sin, cos dengan tan tengok, tengok lepas ke tak lepas.

Long stody short, bila aku dekat ktm sg.buloh aku naik teksi sorang pokcik melayu ni. So tadi topic kitorang pasal pompuan. Sebab timing baek punye elok-elok teksi nak gerak, ada geng2 budak pompuan keluar dari teksi lain. Then pokcik driver tu pon tegur die, tah camne dak tu layan siap ajak pokcik tu pegi tengok wayang. Pergh cool giler. Sumpah cool. Tapi bila pokcik tu kerek-kerek cakap budak pompuan tu memang suka kat die, dah mula rasa tak cool. Sumpah tak cool. Pakcik tu siap offer aku lagi nak yang mana satu. Tapi aku cover macho, cakap aku taknak. Tak main la ngorat pakai orang tengah nih.

Citer punye citer, lepas da tapis mana-mana yang 18sx, rupenye dak2 tu dak medic, taktaw la ponteng kelas ke, tapi dorang nak pergi tengok wayang la. Lawa-lawa jugak. Serius tak macam budak medic. Dah mula rasa was-was. Mula-mula aku ingat pakcik tu kelentong je, tapi tah la. Pakcik tu kemain cakap dak tu sudi je nak kawen dengan pakcik tu. hmm.. agak musykil disitu. Tapi apa aku kesah? hidup dorang, dorang punye pasal la. Tapi pape pon aku rasa macam tak sesuai je.

Last sekali bila da sampai pakcik tu hulur satu card, sekali pandang macam kad ktm, tapi gaya hulur macam nak hulur bisnes card. So bila da cecah tangan aku kad tu, baru la terjawab, benda tu bisnes card dalam bentuk kad ktm. Sumpah style giler. Aku sukeee!! Kad ktm dah orang pakai, die cop kat belakang die nama and phone number die. Saving dan style kot idea die. Senyum je aku tengok pakcik tu. bukan calang2 pakcik ni.

Bila da samapi rumah baru aku terfikir, ade ke budak-budak medic yang study nak jadik doctor kt sg.buloh? hmm. Yang ada dekat2 pon uitm puncak alam and puncak perdana, yang sah-sah takde course medic kat sana. Takkan medic amek diploma kot. Ahh. Sah aku kena tipu lagi.  

24 May 2011

Lama cegampang tak update blog. Banyak sebab, bukan sebab malas tapi time cuti sem lepas laptop gua rosak plak tiba2, kata member motherfuckerboard terbakar. Adoi camne leh terbakar? So da ready survey2 kat kedai harga kalo repair, last2 aku hantar depan rumah aku je, kedai cina, kena rm500. Tu pon aku rasa macam kena kencing je. Orang kata kalo hantar kedai “ca alip nun ya” dorang tukar motherboard second je. Ah pedulikan, janji laptop boleh jalan.
Tapi bila pikir2 balik, macam rugi pon ade repair laptop rm500, baek aku beli laptop baru ye tak? Xpon angkat ipad2, baru la leh kerek2 kat kelas. Pastu orang sana sini pinjam last2 jahanam. Takleh jadi.

Bukan laptop je rosak, broadband pon problem, yang ada kat rumah aku time cuti sebulan aritu laptop bapak aku je. Tu pon macam ape je. Kalo online pakai broadband lepas 5min camtu dia off sendiri. Demm. Laptop pon da macam perangai bapak aku, takleh tengok orang online lama2. Last2 fedup aku jadi macam zaman kecik2 dulu, tengok tv jela, fesbok pejadah semua aku tak hirau.

Dulu time kecik2 kat sekola rendah ada cikgu pernah try nak main aku, Tanya mana lagi penting dalam dunia ni, api ke, letrik ke, air ke, fuh pening jugak la nak jawab soalan camtu. Otak baru darjah berapa dah kena bagi soalan interview angkasawan camtu. Aku cakap air penting, die pusing kalo takde api camne nak masak air? Betul jugak. Last2 aku pon lupa kesudahan cerita aku tadi. Eh ke tak pernah cikgu tanya aku camtu? Tah la.. dalam mimpi kot.

Ok, sekarang aku Tanya korang balik, mana lagi penting dalam kehidupan remaja kita? Letrik ke, air ke, api? Ha semua salah. Jawapan die internet. Haha. Sebab ape? Cuba korang bayangkan kalau sehari korang takde internet. Fuh punya lama masa berjalan, rasa macam korang nampak pulak masa tu tengah mocking2 korang jalan slow2 depan mata. Camharam. Ha. Camtu la aku rasa sebulan cuti kat rumah. Then sekarang dah dekat rumah sewa still takde internet, bosan giler. Bab api, letrik dengan air tu, dengan internet korang leh dapat semua tu. pe lagi kalau bukan google je “how to get free mineral water” x pon “how to produce electric using mengkudu”. Ahh mesti jumpe punye.

Bab internet tak habis lagi, actually kitorang nak pasang streamyx, gradpack punye, ala macam student package, beza cuma monthly murah rm10 je. Tapi yang lain2 tu taktaw la pulak. Aku pon pening ke hulu ke hilir nak setel streamyx. Then semalam orang tm tu call aku pulak, cakap yang ada problem pulak, so akan jadi lagi lambat la dorang nak pasang. Demm betul. Camne nak study kalau takde internet?? Cewah..

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails