nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

20 November 2011

Bagi korang yang dengar flyfm, mesti ade pernah terdengar pasal FLYFM Gadget Girl kan? Cambest je dengar. Serius cambest. Just tengok clue yang dorang bagi via twitter then serbu la celah mana yang dorang dok habaq tu senang gila. Kalo die pegang ipad2, dapat la ipad2. Kalo die pegang galaxy tab, dapat la galaxy tab. Kalo die pegang kawan pompuan die amoi yang super lawa pakai suar short, tak dapat la. Ape banggang nak dapat amoi.
Alkisahnya tersebut la, arini firstday dorang buat gadgetgirl tu. Aku taktaw pon bila actually, dah lama tak dengar flyfm, hari2 lewat bangun, mandi deshum deshum, start kete trus sampai uniten. Tiba2 je sampai. Pelik gak aku. Kena hari ade quiz, tak bangun lansung. Macam haram. So aku tibetibe ternampak kat twitter, gadget girl ade kt ou, korang translate la dalam BI, aku tak reti sangat. Omaigot. Dekat je ou dengan umah aku. Cantek. Tapi aku plak takde henpon yang bley tgok twitter. Takkan nak usung laptop 15.6inci aku ni. Giler. Kejap2 bukak. Kejap2 bukak. Shite.
Aku ape lagi rebat la broadband adik aku punye isi perut. Satu komponen elektronik yang ade simcard. Korang mest tak sangka ade simcard dalam broadband kan? Jeng jeng jeng. Untunglaa korang baca blog aku. Bleh taw ade sicard dalam tu. Then aku sumbat dalam henpon, test twitter. Ok jadi. Then buat announcement kat adik2 aku yang aku nak pegi curve. Gadget girl tu kol3-6 kt curve pulak, katanya. Try jelah, mana taw ade rezeki.
tempat kejadian. nanti anak2 aku baca blog ni mesti dorang segan jugak.
Aku dah malas nak type ni. Senang citer, ade 3hadiah lagi, yang first ipad2. Clue die kat depan a&w. haram jadah senang giler. Tapi aku plak taktaw kat mane a&w. turun2 tengok2 mcd kat situ. Shite. Bila aku dah dapat ilham ka tmane a&w, dah ade orang menag dah. Sikit je lagi. cina mane tah dapat. Sakit ati betul. Rasa nak tumbuk je die. Tapi cool ok? Rilek. Takmaw gado2. Chill.

Second round clue die I need a desert. Hui. Banyak kot dessert kt e@curve tu. Gila. Then aku round round sampai la kat satu ekdai mane tah, ade aiskrim. Mahal la. Tempat standard kan? Then tiba2 ade 1couple, yang laki tu tiba2 kuarkan kotak kasut, warna putih, yang mata kero aku tengok dari jauh dah macam kotak ipad. Denga hati yang kemaruk ipad, aku jalan pegi kat die, then terperasan ade sorang mamat baju sweater biru tengah cari jugak, straight die lari, jatuh terlanggar meja couple tu.

Ape lagi bergogar la semua atas meja tu. Coke die jatuh. Aiskrim sikit lagi nak jatuh. Orang tu terkejut gler. Aku dah la letih lari2. Panic lagi, then aku tanya la, are you flyfm gadget girl? Then die cakap no. aku rasa bangang. Dah la buat salah. Silap orang lagi. demn malu gila. Aku straight terus blah. Kesian gila couple tu.
Turn2 yang lain aku dah malas dah. Straight lari ke ikea makan meatball. Frust doe tak dapat ipad.

 p/s: gadget girl tu jantan sebenarnya. bajet je pompuan. ngek.

05 November 2011

rindu plak nak menaip kat blog aku ni. last post aku kat bawah 5awwgust la paling lat. so dekat 3bulan la jugak blog ni mati. serius shit malas giler aku nak update dengan keadaan aku yang agak miserable dulu. sekarang aku dapat rasakan hidup aku semakin awesome. so kena la update blog.

aku rasa blog aku ni macam immature plak dulu. demm. betul ke aku type sume2 ni? nape macam mencapap je? kenape? kenape? tah la. segan plak nak baca. kalo blog ni lembaran kertas macam slip result aku time sem2 1st year degree aku aritu, memang aku bakar dah. puas ati. tapi takkan nak bakar office blogger kot? jeng jeng jeng. biar la post lama kat situ.

selain daripada itu, blog ni aku rasa macam berat. demn. nak kena tukar layout la pasni. kasi ringan2 sikit. bukan blog selebriti pon orang nak tunggu lama2 semata2 nak tengok muka aku. ye tak?

then aku nak wat post sempoi2 je pasni. aku fine aku terus terang la. dulu aku buat blog sebab nak duit je kat nuffnang. muawahahaha. but then aku baru realize duit nuffnang tu sikit ciput je. kalo aku keje part time cuci jamban pon lagi mahal gaji aku. tapi bukan jamban comel. tu memang tak boleh nak cuci dah. teruk sangat tu.

okthxbai =)

05 August 2011

Pic
letak cat kat wiper kete die.. lol

F*CK YEAH

03 August 2011

yang hijau2 tu maknenye dorang sahur la, sebab aku update blog ni pas sahur. takkan tido sambil online pulak kan? agak2 la.

Chatbox facebook korang tak cool macam dulu? Atau dalam bahasa lebih mudah, chatbox korang lansung tak cool macam chatbox aku? Senang citer sebab aku pemurah, then aku nk share la dengan korang ape yang aku jumpe kt blog orang lain. Iaitu blog http://aizadalias.blogspot.com/ cara nak scrool2 facebook chatbox korang. Senang citer follow ahh. Malas aku menaip panjang2 sekarang ni.

Sebelum nak buat ape2, korang kena jawab soalan ni dulu

Apa browser yang korang guna?

Ok da ada jawapan, sila tulis kat atas kertas A4 besar2. Takot lupe. Then ikot step seterusnye.

Kalo korang guna chrome, makanya  sila klik sini dong. 
Install je script tu, then restart browser lu dong.




Kalo korang guna Mozilla Musang Berapi-Api  makanya install add-on ini dong. kendian install script ni  kendian pulak restart browser lu dong.


Cool kan? Kalo tak boleh, err, takleh la aku nk tolong. Aku wat boleh je. Kacak bergaya boleh la chat2 aweks fb yang da lama rindukan aku. Ni tak, pas facebook update chatbox dorang, jantan je yang penuh. Takleh scroll pulak tu. Dasar brangset!

 credit diberikan kepada aizadaliasdotbelogsepot sebab aku ciplak karya beliau. sekian
                                    

02 August 2011

Teringat zaman kecik2 dulu
aku time darjah satu
tak datang kelas time kena inject
sebab aku demam time tu
then esoknye
kawan2 mula la nak psiko aku macam2
bila kena inject xde la sakit mane
biasa je
tapi taktaw kenapa
sampai sekarang aku takot jarum
tapi ok lagi la boleh derma darah
Cuma kalo kat klinik time nak kena cucuk
Aku selalu baca ape yang ade kat dinding klinik
Segala chart aku baca
Sebab cuak
Aku tak nak jadi doctor
Kesian weh nak inject orang
Lagi2 orang tua

01 August 2011

Kalau datang bulan puasa, benda yang confem terlintas kat kepala aku, ialah kuih taco atau orang panggil jugak sebagai kuih tepung pelita, roti john, and kurma. Sebab time bulan puasa je makanan2 ni muncul. Time bulan lain tah mana plak menghilang.
Seingat aku, time aku darjah satu dulu, bulan puasa jatuh time awal tahun. Bulan1 kot. Then aku rasa aku tak puasa time tu. Aku rasa pelik la apesal la kantin kat sekolah agama tak bukak. Kat sekolah kebangsaan bukak. Rilek je aku beli makan2 sume. Impression aku, sekolah agama tu miskin kot, sebab tu tak bukak kantin. Otak budak2. Then ada la bawak bekal sikit. Lepas raya, kantin bukak, baru aku taw tu bulan puasa.
Then bled a besar sikit, bulan puasa selalu jatuh time cuti sekolah. And time tu aku and adik2 selalu dok kat kampong aku kat taiping. Gle heaven kot kat sne. Taktaw nape. Suasana kampong lagi best dr kat sungai buloh. Walaupon takde pape, tetap best jugak. Time malam2 ikot nenek pergi solat teraweh, then time tu la aku kenal dak2 kampung. Bukan sembahyang pon. Pergi main mercun je. Then cukup time, pergi tolong orang setel moreh.

Kat mrsm plak, best jugak. Berbuka ramai2, sahur pon ramai2. Seboleh2 taknak guna tray time berbuka. Memang takbest pon. Lagi2 kalo ade kuah kt section lain dekat atas tray tu. Kadang2 ade jugak rasa macam banduan. Tapi aku pernah je rasa guna tray. Setakat nak experience. Bila lagi ek? Takkan bila da kena masuk lokap baru nak rasa? Time sahur memang aku liat nak bangun. Tapi bila dapat lauk ayam time sahur, sanggup member2 kejut satu dorm. Memang best gler.
 
Kat uniten, zaman university. Mula2 aku banyak berbuka kat bilik, nak bujang2 la konon. Last2 sume berbuka kat masjid. Senang. Bukan kedekut or jimat duit, walaupon memang salah satu sebab die ialah jimat. Tapi senang jugak. Peang rilek2, mandi, then pergi masjid. Taw2 da ada lauk ayam. Macam jatuh dari langit je. Dah la tak keluar duit. Tapi time solat jumaat tu, sendri maw ingat la camne nak cover balik. Tabung tu memang takboleh bersuara kawan oi. Tapi.. ha..
Pape pon, bulan puasa memang best. And tahun ni bulan puasa ni agak tough bagi aku, macam2 ujian menimpa. Laptop aku rosak sebenarnye nih. Tapi aku rembat laptop bapak aku. Apa ada hal? Pape pon, selamat berpuasa dan menyambut ramaddhan ini. Semoga bulan penuh keberkatan ini, bertambah2 la rezeki kita ek kawan2.. amin. Bagi student uniten plak, gudluck final weh. 2minggu lagi.
Bagi hanisah ahmad zaki pulak, lain kali bagi info tu btol2.. hehe. Semoga ko selamat kat dunia luar tu weyh.

23 July 2011



PSSGM UNITEN akan membuat jualan t shirt GAYONG pada hari grading 24hb julai di UKM nanti. baju ini boleh digunakan untuk training, santai dan sebagai identiti ahli gayong.

harga:rm27
material kain: microfibre [kain jersey]
warna:lightgrey+black and white printing.
terhad kepada 100helai sahaja
sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Farhan [0173274181]

*sila bawa wang pada hari grading tersebut, baju akan dapat pada hari yang sama.

19 July 2011

Selama tiga hari lepas, iaitu bermula hari jumaat, sabtu dan ahad aku berkampung dengan geng2 scholarship yayasan tenaga nasional (ytn) kat  Badan Amal Nurzaharah, di Janda Baik, Pahang. Kitorang semua ke sana atas melaksanakan tanggungjawab kitorang sebagai pelajar tajaan, so kena buat csr la, taw ke csr tu ape? Csr tu corporate social responsibility, ala2 macam program amal la, but more to education.

baju untuk facilitator

Hmm, program ni kitorang plan agak lama la, dalam sebulan ke dua bulan tah, aku pon tak berapa nak ingat, sebab masa sekarang macam tak wujud je bagi aku, taw2 da hujung sem. Taw2 dah nak habis 2nd year aku, taw2 dah nak kawen. Eh tu bukan, sebab calon pon takde lagi. Alhamdulillah semua yang kitorang rancang berjalan dengan lancer, walaupon ada sikit cacat cela, tu normal la bagi first timer yang buat program, tambahan lagi kitorang student baru.
aktiviti jump in, jump out

Bagi aku program ni memang best. Aku malas citer panjang2. Aku citer part best je. Kat sana aku jadi faci untuk satu group yang terdiri daripada 5orang perempuan, 2orang form5, 3orang form4. Nama dorang aku ingat, akma, fatihah(andak), shima, zati, and ira. Mula2 agak malu dengan dorang. Dorang mula2 jumpe dengan aku da tunjuk otai. Mane tak segan aku. Then lama2 ok la, da mula korek2 sikit camne dorang behave, and taktaw la dorang ok ke x dengan aku, so far macam ok je.

Dari segi program, macam2 kitorang buat. Tapi overall aku Tanya, paling best program explorace, siap masok sungai semua, basa lencun dorang, bukan dorang je. Siap faci2 semua bantai mandi sungai jugak. Then bila program paling takbest plak, dorang cakap “Negara Atas Awan”. Pernah dengar tak? Die camni, kitorang bagi dorang 1kertas mah-jong, then dorang kena lukis la satu Negara idaman dorang, nak ada klcc berkembar lapan ke, nak ada shopping complex ke, then nanti time dorang present, faci2 ni akan Tanya macam2 sampai dorang rasa pressure gila. Benda ni memang berbentuk provokasi sikit, tujuanya nak bagi dorang taw camne nak handle stress and bila orang provoke, apa dorang perlu buat. Group aku memang ada sorang degil gila. Then time dorang nanges, puas ati aku, haha. Bukan jahat, Cuma rasa seronok buat dorang nanges. Hehe..

Time nak balik tu, memang agak sedih la. Ada ramai gak budak yang nanges time perjumpaan mentor mentee. Kat sana kitorang dah bahagikan budak2 tu. setiap kitorang akan dapat sorang adik angkat, macam mentee la. Kitorang mentor. Mentee aku afendi nama dia. 13tahun, kat sana orang panggil die zidan. Maybe sebab bola kot. Die ni jenis layan je. time kitorang nak balik tu tak nanges plak.

Tapi yang paling best aku dapat surat dari budak2 group aku la. 2surat je pon. Isi kandungan surat tu, biar la rahsia ek. Ramai la jugak faci2 ni dapat hadiah, ada dapat cushion Nippon paint tu la, FYI, eric leong datang tempat dorang renovate untuk program deko deko. Nanti keluar la kat tv. Time bulan puasa kot.
ruang rehat kawasan asrama lelaki, sumpah mewah. time pagi2 sejuk gila kot.

Nak cerita memang tak habis rasanya. Nanti bila budak2 lain upload gambar, aku curi masok blog ni ok? So far hemanraj sorang je upload. So aku curi kat die dulu.. hehe. 

yang belakang tu aku la wey.. 

kawasan wakaf, tempat hampir semua aktiviti dijalankan

kawasan asrama lelaki, dengan seorang model tak berbayar dari kalangan kitorang.

lepas program, semua bantai tido time tunggu bas

ketua biro program, faiz zakaria yang diva, bantal tu budak sana bagi. jelez gila aku. aku patot dapat jugak!


Ha satu lagi aku nak cerita, pada malam sabtu, dalam kol12.30pagi camtu, aku tengak call member aku, borak2 kejap, sambil2 tu aku tengok langit, cantik langit time tu. ada bintang, ada awan, ada cahaya bulan, then secara tak sengaja aku ternampak kalimah Allah kat langit. Time tu aku sorang2 je. tak sangka selama ni aku tengok je dalam internet, tapi malam tu Allah tunjuk depan mata aku. Kalimah tu bertahan dalam 3minit je. and aku semapt panggil kawan aku sorang je, syafiq yang time tu die pon tak tidor lagi. Subhanalah.. memang obvious kalimah Allah tu, runag2 antara awan tu yang membentuk kalimah tu, then kalimah Allah tu macam bercayaha dengan cahaya bulan. Aku tak dapat ambil gambar, sebab camera aku mmg tak clear waktu malam. 



09 July 2011


Andai kata aku dapat soalan macam ni, ni la step2 akan aku buat.
1) gelak dalam hati
2)senyum, semakin lama semakin lebar
3)tengok orang sebelah, kalau ada awek boleh buat point berborak lepas exam nanti.
4)baru fikir nak buat ape.

lepas jawab soalan ni, confirm ramai student terel main angry bird.


[sila like untuk share di facebook]

16 June 2011

HARI NI GENAP 1TAHUN BLOG AKU.
ESOK AKU ADA 2TEST
SIGNAL
ELECTRONIC2



SEKIAN

02 June 2011


Insidious? Seram ke? Bagi aku seram die lain macam. Hantu die cool je. Cuma psycho lain macam. Bab hantu budak kecik joget-joget serius aku takleh terima. Meremang bulu roma. Lagi scary rupenye budak kecik tu berbanding hantu sundal malam yang muka iras-iras Maya Karin tu.

Aku malas citer lebih-lebih karang spoil pulak bagi korang yang belum tengok tu. tapi aku suggest korang tengok la wey. Best die tahap2 inception tapi seram punye. Hantu die xde la seram sangat, Cuma wat terkejut. And psycho gle. Muka senyum2 perghh tak boleh belah..

Kitorang tengok malam selasa kol11.30 malam kat alamanda. 6orang time tu. naek kete aku 5orang. Sorang lagi hilal tu naik moto sebab uma beliua dekat je. Lepas da cuak2 tengok citer tu, lepak dekat mamak present diplomatic dekat2 area mydin, kalo korang taw la. Nak ilangkan seram, borak2 sambil minum2. Bila da kol2 camtu blah balek, hantar diorang balik uniten.

Bila dekat satu tempat, area2 abu bakar baginda, gelap kat situ, si akem citer pasal ada budak2 uniten dekat cendi dengar pompuan jerit, waktu yang sama. Pergh seram gak dengar. Then akem tadi macam menyesal je sebut, dah mula rasa seram sejuk dia kata. Aku chill lagi, sebab drive. Drive pon slow. Takot terkejut. Hari isnin haritu dah langgar tupai dah. Sian tupai tu mati.

Da hantar semua, setel la. Aku pon balik kajang. Nak diceritakan, bila esoknya hari rabu aku nak pergi kelas, bila tengah drive tu, aku tengok rear mirror berubah, aku betulkan la, sambil drive. Bila da betul baru terfikir, sapa yang ubah?? Padahal malam sebelum tu aku drive, paginya aku jugak drive. Ha.. balik tu aku Tanya akem, ko ada ubah cermin tak? Die cakap tak. Demm.

Kalo nak cerita, banyak lagi citer seram yang aku pernah rasa. Nanti2 aku citer. Rasa macam da panjang ni. Ok adios. Papehal aku bg 9/10 rating untuk insidious. Akhir kata, terimalah adengan paling seram camharem ni.

27 May 2011

Perhimpuan sejuta belia kat putrajaya, confirm jam gile babi dekat putrajaya dalam masa 3ari ni. 27, 28, 29hb, hari ahad tu hari special aku kot. Haha, tapi korang taktaw kot. Korang bukan sayang aku.


Tadi sebenarnye aku pergi kat event tu, tapi bukan for fun la, under club silat. Mula ingat macam fun2, tapi lama2 makin krang fun die. Ni la tentative program hari belia aku untuk hari pertama, hari jumaat. Mula dari lepas solat jumaat.


#abes solat jumaat, chill kejap dalam kereta yang panas bahang, lepak2 dalam traffic jam depan masjid uniten, pastu pergi angkut dak2 silat, sorang nenek dekat murni, 3orang aweks dekat murni, dengan 2orang mamat cool, tapi kurang cool dari aku dekat amanah. Pastu amek photofibre dekat depan guard.

#total person dalam kete aku 8orang. Fuh ramai. Da lebih limit mpv kot. Kete dah macam mogok je. Jalan macam tak ikhlas. Nasib bek kete tu tak reti cakap. Kalo tak makan carut jela.

#alamak minyak kong. Da berkedip doe. Pergi isi minyak jap. Kena u-turn balik pergi petronas sebelah ikram tu. ok pergi isi, kete penuh, ada satu pump kosong, aku masuk la. Tangki minyak kete belah kiri tapi aku masuk parking nozzle minyak tu belah kanan. Ah bole tarik kot. Cool jela. Chill beb.

#jalan kaki pergi kaunter isi minyak, dengan confident aku hulur rm50 isi minyak. Isi sikit ke, isi banyak ke, sama je. Duit aku jugak. Ye tak?

#da sampai dekat pump, baru perasan, yang ron97 je yang ada dekat pump tu. demm terbakar la duit aku. Rm2.90 seliter. Damn! Damn!

#redha jela, tarik nak isi minyak, sekali tak lepas, hose die pendek, demm  demm! Ubah kete, da mula panic dah. Si nenek tak habis2 bising dalam kete. Menci.

#da setel isi minyak, straight pergi PLKU (Pusat Latihan Kajang Utama), hq silat gayong. Sebab kumpul dekat situ, nanti naik bas. Macam ape je. Dari uniten pergi kajang, pastu patah blek pergi putrajaya. Ah abaikan. Da komitmen, buat jela. Kalo kita buat program orang tak ikot sama jugak. Menyirap.

#TIBA-TIBA semua ahli rombongan kena pakai baju lain pulak. Baju rela. Demm tak suka. Dah la tak lawa (sori ter-jujur). Penat la dah dressing hensem2 kena tukar pulak. Adoi. Tertipu. Dapat baju RELA kaler kuning yang ada tulisan RELA besar2 dekat belakang. Sungguh tak cool.

#lupa nak bagitaw. Yang lain semua dak sekolah. Kitorang je dak uni. Sungguh tak cool.

#da sampai putrajaya, jam, macam biasa. Sejuta belia datang kot. Belum masuk orang tua2 dengan kanak2. Mau 17juta jugak total dia.

#then kitorang pon tunggu kat sana macam orang takde tujuan. Budak2 JPA3 pakai baju oren dok kawad berbaris kemain. Kitorang bersidai tepi jalan masing2 wat port sendiri. Takde pape briefing, takde sape2 lead. So buat macam rumah sendiri jela jambatan depan masjid putra tu. nak je aku tido. Ngantok kot.

#then tiba2 dapat rumour yang dorang suruh kumpul dekat dataran belia dan sukan (macam salah je nama). Ada cikgu silat nak datang, konon. Tunggu2 takde jugak. Sungguh tak cool.

#kol brape tah baru la kitorang mula berpecah nak jalan2. Kol 4lebey nak deakt2 kol5 camtu. Pastu dapat rumours lagi suruh kumpul balik dekat tempat turun bas kol5.30. bapak kejap.

#tadi sempat borak2 kejap dekat booth orang kerdil. Akak tu bawak anak die. Sebak plak aku tengok budak tu. serius sebak. Beru rasa bertuah dengan apa yang aku dapat. T_T maintain cool, air mata tak keluar. Yess!

#pergi dekat booth penjara, dapat keychain. Yey! Then brader penjara tu bagi nasik 6paket. Wow sungguh cool ma!. Tak pernah dibuat orang. Pastu say thanks, die bagi lagi 6paket. Macam taw2 je bugak uniten datang 12orang. Sungguh cool la jabatan penjara, walupon nasik keras sikit, tapi ada lauk ayam dengan ikan gorang kot. Double trouble wa cakap lu.

#ok ter-over pasal makan. Im sori (gaya amir loser rajalawak)

#posing2 depan kete kebal kejap, interview driver kete kebal kejap, ushar kete polis lancer kejap, dengar polis driver lancer tu gebang yang die bleh kuakan kete lancer polis dengan jarak kete depan sesiku je. Sungguh cool walaupon tak kedengaran logik. Serba salah aku nak percaya.

#kol5.30 dah, nak gerak kumpul. Pegang dengan janji la, walaupon taw orang lain belum ada punye. Semua melayu kot. Yang lain hilang pulak. Aku malas cari. Call pon tak dapat. Masalah betul.

#jalan2 nak balik ke bas sebab da lewat giler. Dan sepanjang jalan asal jumpe dj je, die tanye dengan segala mic speaker semua, “ni RELA mana ni dik?”. Fuck*ff la bro. Kitorang silat kot. Tapi protest u tak terkeluar. Biasa la. Minda kelas pertama. Balas dengan senyuman je.

#terlintas quote "kita berada ditempat yang salah, pada masa yang salah, dengan orang yang salah, memakai baju yang salah". yang baju tu photofibre yang tambah.

#masuk dalam bas, ada tido, ada makan nasik, aku lapa giler, tapi malas makan. Ngantok tapi aku jenis tak boleh tidor dalam kenderaan. Tahan mata jela.

#da sampai PLKU balik, tukar baju, PULANGKAN dekat plku. Nasib baik dorang bagi pinjam. Kalo bagi terus rasanya aku simpan ke kot. Sayang nak pakai. Bukan senang nak dapat baju rela print RELA besar2 dekat belakang. Cool kot. Kot la.

#hantar dak2 balik uniten.

#balik kajang.

#online dan masih belum mandi lagi sekarang.

#habis mengupdate blog.

#sekian.


p/s: letih menaip. walaupon malas2 entry still jadi panjang. apa la masalah aku. oarng bukan baca pon.
p/s/s: esok aku nak pergi lagi. tak habis round. lepas zohor kot. korang kalau nak datang, datang lepas kol3. kalo tak nanti aku susah nak parking kete. orait? deal ek??

25 May 2011

Dulu zaman kecik2 sape naik teksi die la paling kaya. Dari sg.buloh pergi tuition dekat perfection kepong naik teksi berapa ringgit tah, geng-geng aku naek bas je. Baru singgit. Tapi aku rasa takde yang pergi naik teksi. Saje reka-reka cerita. Tapi bila da masuk uni jadi terbalik plak. Sape naik teksi la koman, orang lain da bawak kete. Tapi naik teksi lagi cool ape. Dok rilek je kat sebelah, pastu dalam perjalanan tu cakap “ye” tak pun “haah” kat driver teksi tu, sebab selalunya driver teksi akan bagi expression/ luah perasaan kat korang. So baik korang setuju je kalo taknak kena tambang tiba2 naik jadi double. Petua ni, catit cepat!

So far aku dekat uniten kalo nak kuar pergi bandar, cewah ayat orang luar bandar, then aku call la uncle siva tu. jap lagi die suruh tunggu kat guard, cakap gaya macam die dah memang ada kat situ. Bila aku da tunggu takde pulak. Fuh berasap. Uncle, dulu saya foundation boleh la uncle kencing. So tadi aku call die, saje je rilek2 kejap, da lama sikit baru aku gerak. Tapi malangnya nasib uncle tu sebab die da memang ada kat situ. So dia tunggu aku la. Padan muka. So sekarang score jd 1-1.

Kadang best jugak dengar dorang borak. Walaupon terpaksa. Pernah sekali kena ceramah pasal belajar. Bukan nak kuaja tapi dorang suruh aku belajar sungguh-sungguh. Err memang bagus tapi amcam pelik. Tu ok lagi, ada kawan aku pernah kena, yang driver teksi tu cakap bugak engineering la course paling senang. Amboi kemain. Bang cuba try lukis graph sin, cos dengan tan tengok, tengok lepas ke tak lepas.

Long stody short, bila aku dekat ktm sg.buloh aku naik teksi sorang pokcik melayu ni. So tadi topic kitorang pasal pompuan. Sebab timing baek punye elok-elok teksi nak gerak, ada geng2 budak pompuan keluar dari teksi lain. Then pokcik driver tu pon tegur die, tah camne dak tu layan siap ajak pokcik tu pegi tengok wayang. Pergh cool giler. Sumpah cool. Tapi bila pokcik tu kerek-kerek cakap budak pompuan tu memang suka kat die, dah mula rasa tak cool. Sumpah tak cool. Pakcik tu siap offer aku lagi nak yang mana satu. Tapi aku cover macho, cakap aku taknak. Tak main la ngorat pakai orang tengah nih.

Citer punye citer, lepas da tapis mana-mana yang 18sx, rupenye dak2 tu dak medic, taktaw la ponteng kelas ke, tapi dorang nak pergi tengok wayang la. Lawa-lawa jugak. Serius tak macam budak medic. Dah mula rasa was-was. Mula-mula aku ingat pakcik tu kelentong je, tapi tah la. Pakcik tu kemain cakap dak tu sudi je nak kawen dengan pakcik tu. hmm.. agak musykil disitu. Tapi apa aku kesah? hidup dorang, dorang punye pasal la. Tapi pape pon aku rasa macam tak sesuai je.

Last sekali bila da sampai pakcik tu hulur satu card, sekali pandang macam kad ktm, tapi gaya hulur macam nak hulur bisnes card. So bila da cecah tangan aku kad tu, baru la terjawab, benda tu bisnes card dalam bentuk kad ktm. Sumpah style giler. Aku sukeee!! Kad ktm dah orang pakai, die cop kat belakang die nama and phone number die. Saving dan style kot idea die. Senyum je aku tengok pakcik tu. bukan calang2 pakcik ni.

Bila da samapi rumah baru aku terfikir, ade ke budak-budak medic yang study nak jadik doctor kt sg.buloh? hmm. Yang ada dekat2 pon uitm puncak alam and puncak perdana, yang sah-sah takde course medic kat sana. Takkan medic amek diploma kot. Ahh. Sah aku kena tipu lagi.  

24 May 2011

Lama cegampang tak update blog. Banyak sebab, bukan sebab malas tapi time cuti sem lepas laptop gua rosak plak tiba2, kata member motherfuckerboard terbakar. Adoi camne leh terbakar? So da ready survey2 kat kedai harga kalo repair, last2 aku hantar depan rumah aku je, kedai cina, kena rm500. Tu pon aku rasa macam kena kencing je. Orang kata kalo hantar kedai “ca alip nun ya” dorang tukar motherboard second je. Ah pedulikan, janji laptop boleh jalan.
Tapi bila pikir2 balik, macam rugi pon ade repair laptop rm500, baek aku beli laptop baru ye tak? Xpon angkat ipad2, baru la leh kerek2 kat kelas. Pastu orang sana sini pinjam last2 jahanam. Takleh jadi.

Bukan laptop je rosak, broadband pon problem, yang ada kat rumah aku time cuti sebulan aritu laptop bapak aku je. Tu pon macam ape je. Kalo online pakai broadband lepas 5min camtu dia off sendiri. Demm. Laptop pon da macam perangai bapak aku, takleh tengok orang online lama2. Last2 fedup aku jadi macam zaman kecik2 dulu, tengok tv jela, fesbok pejadah semua aku tak hirau.

Dulu time kecik2 kat sekola rendah ada cikgu pernah try nak main aku, Tanya mana lagi penting dalam dunia ni, api ke, letrik ke, air ke, fuh pening jugak la nak jawab soalan camtu. Otak baru darjah berapa dah kena bagi soalan interview angkasawan camtu. Aku cakap air penting, die pusing kalo takde api camne nak masak air? Betul jugak. Last2 aku pon lupa kesudahan cerita aku tadi. Eh ke tak pernah cikgu tanya aku camtu? Tah la.. dalam mimpi kot.

Ok, sekarang aku Tanya korang balik, mana lagi penting dalam kehidupan remaja kita? Letrik ke, air ke, api? Ha semua salah. Jawapan die internet. Haha. Sebab ape? Cuba korang bayangkan kalau sehari korang takde internet. Fuh punya lama masa berjalan, rasa macam korang nampak pulak masa tu tengah mocking2 korang jalan slow2 depan mata. Camharam. Ha. Camtu la aku rasa sebulan cuti kat rumah. Then sekarang dah dekat rumah sewa still takde internet, bosan giler. Bab api, letrik dengan air tu, dengan internet korang leh dapat semua tu. pe lagi kalau bukan google je “how to get free mineral water” x pon “how to produce electric using mengkudu”. Ahh mesti jumpe punye.

Bab internet tak habis lagi, actually kitorang nak pasang streamyx, gradpack punye, ala macam student package, beza cuma monthly murah rm10 je. Tapi yang lain2 tu taktaw la pulak. Aku pon pening ke hulu ke hilir nak setel streamyx. Then semalam orang tm tu call aku pulak, cakap yang ada problem pulak, so akan jadi lagi lambat la dorang nak pasang. Demm betul. Camne nak study kalau takde internet?? Cewah..

26 March 2011

Apa cerita lepas spm bro? Dapat result sedih, nanges. Dapat result cantik pon nanges. Ah suma tu normal. Bila lagi nak nanges ek? Ok fine aku mengaku aku menangis gak dulu. Haha. So kepada bekas calon spm, tahniah korang dah nak masuk zaman university. Zaman yang penuh dengan benda2 yang korang tak expect. Serius [kot]. Based on experience aku, life dekat uni memang lain sangat dangan time sekolah.

Ok mula dengan episode putih, kemudian jadi hitam dalam hidup aku. Kira nak bagi nasihat jugak la kat korang-korang-korang ni. Aku dulu time result keluar, aku tak pergi sekolah pon nak amek result. Hari kamis time tu. hari jumaat baru aku amek. Sebab die ade 2. No1 sebab parents aku pergi kedah, ada urusan ape tah untuk adik aku dekat sekolah die. Then no2 sebab aku kerja. Shit kan keje kopitiam sume dak lepas spm. Then sume rumah dekat2, pakat nak cuti. Aku yang sekolah jauh la jadi mangsa. Takpe beralah. Sedih gak la tak dapat jumpa classmate sume. Lama kot berpisah lepas spm. Confem dorang ramai yang sunburn sebab pergi plkn. Haha padan muka korang.

Tapi aku still dapat taw result aku. Cuma dari call je. Thanx to hanisah ahmad zaki. Nama dia lepas nama aku je. So leh la tolong skodengkan. Then bila die kol aku, serius aku ingat die tipu aku. Sori walaupon ko baik aku still susah nk caye ape ko cakap. Then aku nanges, ok cukup sampai situ.

Nak dijadikan cerita, dengan result aku tu leh la nak apply mane2, inyaAllah la lepas. Tapi sebab leka, main2 sangat, busy dengan kerja kopitiam yang tak kemana tu, aku lupa nak apply untuk jpa and mara. Gap masa seminggu je dorang bagi untuk apply. Lepas seminggu baru la aku sear. Demm. Takpe2. Nasib baik ade plan B. Aku dah apply scholarship ytn [Yayasan Tenaga Nasional], uitm dengan matrix.

Long story short, aku tak dapat ytn, tapi dapat matrix dengan uitm. Arh. Aku taknak masuk dua2 ni. Dari dulu kot nak masuk uniten. Sejak form4. Kenapa? Sebab rate or hirement uniten’s graduate sangat2 tinggi. Almost 100% dapat kerja lepas grad. And memang betul pon. Then nak taknak, kena decide. Aku masuk matrix gopeng. Time tu memang macam turning point dalam hidup aku. Aku bajet dapat sains fizikal. Leh sambung engine nanti. Sekali dapat sains hayat.
Pic
Boleh je nak tukar kos. Sepanjang perjalanan tu pon aku macam tak sedap ati. Tertanya2 ape kos aku nanti. Ada rasa macam nak tukar medic pon ade. Sekali betul2 dapat sains hayat. Arh. Memang susah nak ubah mindset yang selama ni nak jadi engineer, tiba2 kena jadi doctor. Aku tak suka la bedah2 [bukan ko cik Bedah, hehe]. Bukan takot darah. Tapi macam tak sampai hati. Lagi senang kalo aku kerja dengan machine. Tapi nak buat macamana. Aku still tukar kos jugak.

Sebab ape? Sebab kegagalan aku selama ni. Aku pernah apply SPC MRSM, amek uni dekat aussie, engineering, tak dapat. Apply ytn, engineering, tak dapat. Masok matrix, kene offer medic. Time cuti, dapat 2tawaran medic pergi mesir. Tapi tu suma bisnes. Sape2 pon boleh dapat. Lepas 2minggu dekat sana aku berjaya ubah mindset aku. Time tu aku baru rasa betapa mulianya orang2 yang belajar medic ni. Dorang susah2 belajar, nak score sana sini, 4.0 belum tentu boleh masuk uni sambung medic, dah kerja nanti on call, and ratio doctor to pulic dekat Malaysia sangat2 la sikit. Tapi dorang still nak medic. sebab nak tolong orang. Time tu Allah buka mata aku.
mizi and qawim, classmate aku kat matrix. dorang 2org datang 
tengok aku packing barang last night aku kat sana. serius aku terharu.

Then tah macamana, mungkin Allah nak tunjukkan something kat aku, and dah accomplished, aku dapat call dari ytn, aku dapat scholarship. Alhamdulillah. Mak aku excited sangat. Family aku bukan orang senang. Nak masuk uni, memang nak pakai duit banyak. And aku still ada adik2. Alhamdulillah.

So ape yang aku nak story dekat sini, jangan leka la korang lepas spm. Kalo korang dapat 10A sekalipon, korang takkan dapat scholarship, kalo tak apply, macam aku. Bodoh kan?? Tapi kita kena ingat, tak kira macam mana kita rancang, Allah jugak yang menentukan. Allah dah tunjukan aku hati budak2 medic. Allah dah bagi aku classmate budak medic yang sangat2 rajin. Allah dah tunjukkan aku ade orang lagi susah dari aku, and Allah dah buktikan yang Dia boleh buat apa saja. Suma macam dah tertulis. Hebat kan Allah? Subahanallah.  TRUE STORY.
********************
Attention: kepada para2 readers, aku galakkan korang try apply scholarship ytn, ade dua program, oversea and dalam Negara, dalam uniten. Ni link dia http://yayasan.tnb.com.my/sam/ . based on experience aku, memang best la, paling best sebab korang nanti aka nada kontrak dengan tnb. Bagi aku satu advantage, sebab tak perlu risau pasal kerja lepas grad nanti. Aku kos electrical power. Banyak cos lagi, leh tengok dekat web uniten http://www.uniten.edu.my/newhome/content_list.asp?ContentTypeid=99. Tapi, meter letrik kena pakai topup la. Tu takbest. =)


! ! PAANTHOLOGY ! !


Yang baju putih tu aku, paan sabri, and yang baju hitam tu cikgu Aqtar. Cikgu silat aku. Yang baju hijau aku tak kenal.

Gamba ni aku edit guna befunky photoeffect. style gak la. takyah beli lomo. efek lomo holga dslr sume ade kat situ. [http://www.befunky.com]

Sekian.

24 March 2011

Final exam aku sem ni agak berjalan dengan lancar so far, jadual pon ok je, tak mengundang sebarang carutan dan cacian. So terbior la sikit paanthology yang sememangnye tak best ni. Takpe. Takkan terganggu harga minyak dunia dengan prestasi blog aku. Lansung tak efek kat sape2 kot. Laen la orang2 yang selalu stalk aku. Haha macam aku taktaw.

K-POH / ahli kabinet dapur / spy tingkap

So tadi tbe2 mendapat 1mesej dari shoutbox. Jeng jeng jeng, rupenye paanthology di review oleh sebuah blog iaitu kak KPOH (memang nama die ok?). Fuh serius terharu. Serius terharu. Serius terharu. Serius terharu. Serius terharu. Ikotkan hati aku, memang aku copy paste Serius terharu ni satu page.

So terima kasih la kak. Hari tu actually gurau2 je, bese la blogwalk memang merapu. Tulis2 bukan orang datang balik pon. Ade la 2-3-4-5 yang datang balik.  Ok pasni leh try mintak kapel kat shoutbox. Dalam 10 mesti ade at least 1 yang respond kan?

Sok paper circuit2. So nak sambung study. Goodluck to EP and EE students..
Pic

22 March 2011

Actually aku tengah study fourier series, tapi laptop bukak depan mata, memang tak jalan la, dok surf sana sini, jumpa banyak plak nama minah ni, Rebecca Black, wth? So aku ignore je. Then tibe2 tergerak hati plak nak cari kat youtube. LoL. Aku pon taktaw pesal aku gelak dekat dia ni. Seriously. Kesian kat dia. Tapi aku still tergelak. So aku upload 2 video, satu official video, satu lagi parody. And bandingkan likes and dislikes both videos ni. Mungkin bagi sesetengah orang tak lawak, tapi aku still gelak jugak tengok video ni. Demm takleh study!




benda ni yang buat aku gelak.


Pic

Pic

Pic


Pic

Pic

Pic



yang ni parody punye...




p/s: layan jugak tengok gambar2 dekat 9gag ni.. selamat menghafal hari melalui lagu ni.

20 March 2011

shop.ilovetypography.com
aku ade twiter tapi x active.. mungkin twitter utk org femes ames je..





Serius seram sejuk aku tengok video ni. Nasib baik aku tengok time tengah hari. Kalo malam semalam, pergh memang tak keluar pergi mana2 la, benda ni berlaku dekat Portugal. Kira macam ada hantu tumpang dorang dalam kete tu. demm takot!! BTW, tajuk die memang macam sial sikit, tapi disini saya ingin menegaskan bahawa saya jumpe video tu time blogwalk dekt blog ni [apecer.net] then ni jadi popular post. Memang aku tengok la, lagi2 tajuk best. Hehe. Ish2. Nak final dowh.. serammmm...


Tapi lepas aku google sikit, ada yang cakap video ni fake, sebabnye ada yang cakap remake video, ade jugak yang cakap ni short film dari indie director. Appehal pon memamng cool la video ni. Nak try buat la hahahaha. Ni link die http://www.beheaded.us/teresafidalgo.htm


p/s: sial betul la nama video ni.. demm. abes rosak imej aku.

sumber: apecer.net


Nampak gambar di atas? Ok fine. Sumpah kelakar. Nak cari fanpage aku tah camne keluar fan page ni pulak. Demm it. Actually maksud lain paan ialah sireh. Demm it. Sireh? Tah bahasa ape la. India kot. Mungkin belah mane2 la. Jangan pasni orang panggil aku sireh sudah. Dah macam kartunis sireh dalam ujang dah. BTW, dah lama tak baca majalah camtu. Hari2 belek buku calculus dengan circuit je. Otak pon jam gak kadang2.

Nak cerita pasal sireh, dulu kecik2 aku rasa pelik bila nenek aku makan sireh. Then bila bapak aku balek kampong, dia join jugak. Bila aku nak try, bapak aku cakap tak boleh sebab mabuk. Time tu darjah2 kot. Cambest je aku tengok, ade kacip2, then letak kapur, balut dengan daun sireh, pastu ngap.

Kadang2 pernah gak aku tengok orang “ehem2” makan sireh, then ludah sana sini. Gigi pon dah kaler ape je. Ludah dia tu, kalo tak silap aku, boleh buat jadi penyakit tibi, tapi bila google tak jumpe pulak. So tak sure la. Jangan percaya sangat aku ni. Kadang2 bukan betul.  

Khasiat sireh? Aku taktaw. Tapi aku taw rossa punye feminine wash tu. kui kui kui.

Maksud nama aku, kalo korang nak taw, kegembiraan. Happiness. Kacak kan? Korang ada kawan bernama Paan jugak? Pe lagi? share post ni kat blog die.. haha

p/s: nasib baek like kat page aku lagi ramai.. hahaha aku menang! yeay!

19 March 2011

Pic

owh baru aku taw.. tapi ni mungkin jokes je.. 

Sape tak pernah tengok dexter? Citer psal serial killer yang at the same time jadi bloodstain specialist dalam team forensic? Serius aku suka giler citer tu. sunguh2 psiko giler. At least die guna madness die tu dengan cara yang betul. Aku pon tak abes lagi tengok citer tu. busy dengan urusan duniawi. Ape jadi kalo dexter berjumpa dengan dexter laboratories? Ala citer budak2 tu.. ni jawapan die.

Pic
demm.

18 March 2011

Malam semalam makan steamboat, fuh memang steam la tempat tu. maksud aku panas. Sebab dengan setiap meja ade cooker, then aircond pon dah tak rase sejuk. Kedai yang kitorang makan semalam ilaah dekat Flamings area2 sunway. Tu pon sebab Kak Shazura nak belanja budak2 yang join fesco sebelum ni. Bila lagi nak belanja. Nanti dah nak final then takkan nak tunggu sem depan.
gambar curi dari google

Pergh bukan main melantak lagi dorang makan. Siap dengan aiskrem brape kali tambah tah. Bukan abes pon sorang2. Makan 2 scoop da muak. Tu la tamak. Betul orang tua2 cakap, orang tamak selalu kenyang. Standard la kalo sebut steamboat confem la seafood yang orang makan. Aku plak hantu seafood, lagi2 udang dengan ketam. Pergh.
gambar curi

Makan punye makan. Sampai tak ingat dunia. Last2 bila dah bali, idung aku berair je. Demm. Mula dah gatal hidung. Menyesal makan udang banyak2 semalam. Selalu tak macam ni, maybe terlebih makan kot. Overdose. Balek memang tak boleh nak study la, bersin memanjang  sorang2 dalam bilik, makan panadol, fuh amek kau, berpeluh dahi. Last2 boleh tido gak, tah pukol brape.

Kalo nak ikotkan, aku takde la allergic dengan ketam and udang, da biasa makan kot. Tapi mungkin sebab dah bercampur dengan mentarang [tak sure nama die], benda yang fisrt time aku tengok semalam. Macam lala, tapi die punye cengkerang bentuk silinder, bapak style giler. Kalo jadi binatang laut, aku nak jadi mentarang la, ensem sikit.

Dengan nak final ni, hopefully la tak demam aku. Abes la kalo demam. Aku pernah terbaca research, selsema ni memang leh buat otak jadi slow sket. Aku pon kalo time selsema, memang takde mood je nak berpikir. Huh. Leceh kot.

Pape pon, aku rasa seoul garden jugak best. Lama tak pegi makan kat sane weh..


2 ari lagi mula dah final, tapi hari ni hari jumaat, aku rilek2 kejap. Sok ari sabtu rehat2 kejap. Hari ahad la abru study kot. Tah camne dok online sorang2 boleh terjumpe page ni pulak. Maybe ade yang pernah like page ni kat facebook, tapi aku nak share jugak. Sumpah tergelak sorang2 aku tengok gambar ni. Mau terkeluar gak nasik ni. So cekidout!

 
twitter?? 

yela aku nak lalu la ni setan!

jalan yang perlu dijauhi. lalu je lapar..

tempat membuang anak..




toilet ethics.. 

sape pandai, sape bodoh?

3000 tahun lagi valid..

jalan kat mane ni?

patutnye rebonding LURUS

translated: "awak ke, saye? kopitiam.."

based on memory..


daging bodo satu kak..

org lelaki memang macam ni.. gatal..


sumpah smart..

puma..

lebit satu!! mahal maaaa...





Banyak lagi gambar lawak.. so korang just like page ni then gelak la puas2. http://www.facebook.com/onlyinmalaysia

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails