nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

01 August 2011

SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN KAWAN2 OI..

Kalau datang bulan puasa, benda yang confem terlintas kat kepala aku, ialah kuih taco atau orang panggil jugak sebagai kuih tepung pelita, roti john, and kurma. Sebab time bulan puasa je makanan2 ni muncul. Time bulan lain tah mana plak menghilang.
Seingat aku, time aku darjah satu dulu, bulan puasa jatuh time awal tahun. Bulan1 kot. Then aku rasa aku tak puasa time tu. Aku rasa pelik la apesal la kantin kat sekolah agama tak bukak. Kat sekolah kebangsaan bukak. Rilek je aku beli makan2 sume. Impression aku, sekolah agama tu miskin kot, sebab tu tak bukak kantin. Otak budak2. Then ada la bawak bekal sikit. Lepas raya, kantin bukak, baru aku taw tu bulan puasa.
Then bled a besar sikit, bulan puasa selalu jatuh time cuti sekolah. And time tu aku and adik2 selalu dok kat kampong aku kat taiping. Gle heaven kot kat sne. Taktaw nape. Suasana kampong lagi best dr kat sungai buloh. Walaupon takde pape, tetap best jugak. Time malam2 ikot nenek pergi solat teraweh, then time tu la aku kenal dak2 kampung. Bukan sembahyang pon. Pergi main mercun je. Then cukup time, pergi tolong orang setel moreh.

Kat mrsm plak, best jugak. Berbuka ramai2, sahur pon ramai2. Seboleh2 taknak guna tray time berbuka. Memang takbest pon. Lagi2 kalo ade kuah kt section lain dekat atas tray tu. Kadang2 ade jugak rasa macam banduan. Tapi aku pernah je rasa guna tray. Setakat nak experience. Bila lagi ek? Takkan bila da kena masuk lokap baru nak rasa? Time sahur memang aku liat nak bangun. Tapi bila dapat lauk ayam time sahur, sanggup member2 kejut satu dorm. Memang best gler.
 
Kat uniten, zaman university. Mula2 aku banyak berbuka kat bilik, nak bujang2 la konon. Last2 sume berbuka kat masjid. Senang. Bukan kedekut or jimat duit, walaupon memang salah satu sebab die ialah jimat. Tapi senang jugak. Peang rilek2, mandi, then pergi masjid. Taw2 da ada lauk ayam. Macam jatuh dari langit je. Dah la tak keluar duit. Tapi time solat jumaat tu, sendri maw ingat la camne nak cover balik. Tabung tu memang takboleh bersuara kawan oi. Tapi.. ha..
Pape pon, bulan puasa memang best. And tahun ni bulan puasa ni agak tough bagi aku, macam2 ujian menimpa. Laptop aku rosak sebenarnye nih. Tapi aku rembat laptop bapak aku. Apa ada hal? Pape pon, selamat berpuasa dan menyambut ramaddhan ini. Semoga bulan penuh keberkatan ini, bertambah2 la rezeki kita ek kawan2.. amin. Bagi student uniten plak, gudluck final weh. 2minggu lagi.
Bagi hanisah ahmad zaki pulak, lain kali bagi info tu btol2.. hehe. Semoga ko selamat kat dunia luar tu weyh.

1 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails