nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

25 May 2011

SAPA CAKAP DRIVER TEKSI TAK COOL?

Dulu zaman kecik2 sape naik teksi die la paling kaya. Dari sg.buloh pergi tuition dekat perfection kepong naik teksi berapa ringgit tah, geng-geng aku naek bas je. Baru singgit. Tapi aku rasa takde yang pergi naik teksi. Saje reka-reka cerita. Tapi bila da masuk uni jadi terbalik plak. Sape naik teksi la koman, orang lain da bawak kete. Tapi naik teksi lagi cool ape. Dok rilek je kat sebelah, pastu dalam perjalanan tu cakap “ye” tak pun “haah” kat driver teksi tu, sebab selalunya driver teksi akan bagi expression/ luah perasaan kat korang. So baik korang setuju je kalo taknak kena tambang tiba2 naik jadi double. Petua ni, catit cepat!

So far aku dekat uniten kalo nak kuar pergi bandar, cewah ayat orang luar bandar, then aku call la uncle siva tu. jap lagi die suruh tunggu kat guard, cakap gaya macam die dah memang ada kat situ. Bila aku da tunggu takde pulak. Fuh berasap. Uncle, dulu saya foundation boleh la uncle kencing. So tadi aku call die, saje je rilek2 kejap, da lama sikit baru aku gerak. Tapi malangnya nasib uncle tu sebab die da memang ada kat situ. So dia tunggu aku la. Padan muka. So sekarang score jd 1-1.

Kadang best jugak dengar dorang borak. Walaupon terpaksa. Pernah sekali kena ceramah pasal belajar. Bukan nak kuaja tapi dorang suruh aku belajar sungguh-sungguh. Err memang bagus tapi amcam pelik. Tu ok lagi, ada kawan aku pernah kena, yang driver teksi tu cakap bugak engineering la course paling senang. Amboi kemain. Bang cuba try lukis graph sin, cos dengan tan tengok, tengok lepas ke tak lepas.

Long stody short, bila aku dekat ktm sg.buloh aku naik teksi sorang pokcik melayu ni. So tadi topic kitorang pasal pompuan. Sebab timing baek punye elok-elok teksi nak gerak, ada geng2 budak pompuan keluar dari teksi lain. Then pokcik driver tu pon tegur die, tah camne dak tu layan siap ajak pokcik tu pegi tengok wayang. Pergh cool giler. Sumpah cool. Tapi bila pokcik tu kerek-kerek cakap budak pompuan tu memang suka kat die, dah mula rasa tak cool. Sumpah tak cool. Pakcik tu siap offer aku lagi nak yang mana satu. Tapi aku cover macho, cakap aku taknak. Tak main la ngorat pakai orang tengah nih.

Citer punye citer, lepas da tapis mana-mana yang 18sx, rupenye dak2 tu dak medic, taktaw la ponteng kelas ke, tapi dorang nak pergi tengok wayang la. Lawa-lawa jugak. Serius tak macam budak medic. Dah mula rasa was-was. Mula-mula aku ingat pakcik tu kelentong je, tapi tah la. Pakcik tu kemain cakap dak tu sudi je nak kawen dengan pakcik tu. hmm.. agak musykil disitu. Tapi apa aku kesah? hidup dorang, dorang punye pasal la. Tapi pape pon aku rasa macam tak sesuai je.

Last sekali bila da sampai pakcik tu hulur satu card, sekali pandang macam kad ktm, tapi gaya hulur macam nak hulur bisnes card. So bila da cecah tangan aku kad tu, baru la terjawab, benda tu bisnes card dalam bentuk kad ktm. Sumpah style giler. Aku sukeee!! Kad ktm dah orang pakai, die cop kat belakang die nama and phone number die. Saving dan style kot idea die. Senyum je aku tengok pakcik tu. bukan calang2 pakcik ni.

Bila da samapi rumah baru aku terfikir, ade ke budak-budak medic yang study nak jadik doctor kt sg.buloh? hmm. Yang ada dekat2 pon uitm puncak alam and puncak perdana, yang sah-sah takde course medic kat sana. Takkan medic amek diploma kot. Ahh. Sah aku kena tipu lagi.  

7 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

meaw said...

first of all, uitm puncak alam dekat dah dengan umah meaw tu..heee....dan, pak cik tu? maju gila ah,siap ada kat bagai tu,pehhhh! nanti kalau naik ngan dia lagi mintak lebih ye,pastu deliberi ke saya....puncak alam ni ada bus je, tu pon tak reti nak naik,HAHA

Abang Zam said...

sapa cakap budak medic lawa? kahkahkah

Paan Sabri said...

meow: dekat dah ke? dok area mane ye? nnt saya pindah ke saujana impian =)

Paan Sabri said...

abang zam: tu yang agak musykil bila budak medik lawa.. haha, selalunya budak account yg lawa2..

meaw said...

meaw duk lam fasa 3 ni haaa,apartment ^__^

buDAK keCIK said...

wahaha. kna kelentong rupanya.

ak ngn kwn2 selalu je naik teksi dri um nk g mid. dkt je. tp kdg2 ase malu gak naik teksi. ye la, kwn naik kete, ktorg naik tksi. tp bila dipikir blk, ni bru la dunia student. kan kan?? ;p

saiazuan said...

stylo siot

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails