nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

Showing posts with label silat gayong. Show all posts
Showing posts with label silat gayong. Show all posts

27 May 2011

Perhimpuan sejuta belia kat putrajaya, confirm jam gile babi dekat putrajaya dalam masa 3ari ni. 27, 28, 29hb, hari ahad tu hari special aku kot. Haha, tapi korang taktaw kot. Korang bukan sayang aku.


Tadi sebenarnye aku pergi kat event tu, tapi bukan for fun la, under club silat. Mula ingat macam fun2, tapi lama2 makin krang fun die. Ni la tentative program hari belia aku untuk hari pertama, hari jumaat. Mula dari lepas solat jumaat.


#abes solat jumaat, chill kejap dalam kereta yang panas bahang, lepak2 dalam traffic jam depan masjid uniten, pastu pergi angkut dak2 silat, sorang nenek dekat murni, 3orang aweks dekat murni, dengan 2orang mamat cool, tapi kurang cool dari aku dekat amanah. Pastu amek photofibre dekat depan guard.

#total person dalam kete aku 8orang. Fuh ramai. Da lebih limit mpv kot. Kete dah macam mogok je. Jalan macam tak ikhlas. Nasib bek kete tu tak reti cakap. Kalo tak makan carut jela.

#alamak minyak kong. Da berkedip doe. Pergi isi minyak jap. Kena u-turn balik pergi petronas sebelah ikram tu. ok pergi isi, kete penuh, ada satu pump kosong, aku masuk la. Tangki minyak kete belah kiri tapi aku masuk parking nozzle minyak tu belah kanan. Ah bole tarik kot. Cool jela. Chill beb.

#jalan kaki pergi kaunter isi minyak, dengan confident aku hulur rm50 isi minyak. Isi sikit ke, isi banyak ke, sama je. Duit aku jugak. Ye tak?

#da sampai dekat pump, baru perasan, yang ron97 je yang ada dekat pump tu. demm terbakar la duit aku. Rm2.90 seliter. Damn! Damn!

#redha jela, tarik nak isi minyak, sekali tak lepas, hose die pendek, demm  demm! Ubah kete, da mula panic dah. Si nenek tak habis2 bising dalam kete. Menci.

#da setel isi minyak, straight pergi PLKU (Pusat Latihan Kajang Utama), hq silat gayong. Sebab kumpul dekat situ, nanti naik bas. Macam ape je. Dari uniten pergi kajang, pastu patah blek pergi putrajaya. Ah abaikan. Da komitmen, buat jela. Kalo kita buat program orang tak ikot sama jugak. Menyirap.

#TIBA-TIBA semua ahli rombongan kena pakai baju lain pulak. Baju rela. Demm tak suka. Dah la tak lawa (sori ter-jujur). Penat la dah dressing hensem2 kena tukar pulak. Adoi. Tertipu. Dapat baju RELA kaler kuning yang ada tulisan RELA besar2 dekat belakang. Sungguh tak cool.

#lupa nak bagitaw. Yang lain semua dak sekolah. Kitorang je dak uni. Sungguh tak cool.

#da sampai putrajaya, jam, macam biasa. Sejuta belia datang kot. Belum masuk orang tua2 dengan kanak2. Mau 17juta jugak total dia.

#then kitorang pon tunggu kat sana macam orang takde tujuan. Budak2 JPA3 pakai baju oren dok kawad berbaris kemain. Kitorang bersidai tepi jalan masing2 wat port sendiri. Takde pape briefing, takde sape2 lead. So buat macam rumah sendiri jela jambatan depan masjid putra tu. nak je aku tido. Ngantok kot.

#then tiba2 dapat rumour yang dorang suruh kumpul dekat dataran belia dan sukan (macam salah je nama). Ada cikgu silat nak datang, konon. Tunggu2 takde jugak. Sungguh tak cool.

#kol brape tah baru la kitorang mula berpecah nak jalan2. Kol 4lebey nak deakt2 kol5 camtu. Pastu dapat rumours lagi suruh kumpul balik dekat tempat turun bas kol5.30. bapak kejap.

#tadi sempat borak2 kejap dekat booth orang kerdil. Akak tu bawak anak die. Sebak plak aku tengok budak tu. serius sebak. Beru rasa bertuah dengan apa yang aku dapat. T_T maintain cool, air mata tak keluar. Yess!

#pergi dekat booth penjara, dapat keychain. Yey! Then brader penjara tu bagi nasik 6paket. Wow sungguh cool ma!. Tak pernah dibuat orang. Pastu say thanks, die bagi lagi 6paket. Macam taw2 je bugak uniten datang 12orang. Sungguh cool la jabatan penjara, walupon nasik keras sikit, tapi ada lauk ayam dengan ikan gorang kot. Double trouble wa cakap lu.

#ok ter-over pasal makan. Im sori (gaya amir loser rajalawak)

#posing2 depan kete kebal kejap, interview driver kete kebal kejap, ushar kete polis lancer kejap, dengar polis driver lancer tu gebang yang die bleh kuakan kete lancer polis dengan jarak kete depan sesiku je. Sungguh cool walaupon tak kedengaran logik. Serba salah aku nak percaya.

#kol5.30 dah, nak gerak kumpul. Pegang dengan janji la, walaupon taw orang lain belum ada punye. Semua melayu kot. Yang lain hilang pulak. Aku malas cari. Call pon tak dapat. Masalah betul.

#jalan2 nak balik ke bas sebab da lewat giler. Dan sepanjang jalan asal jumpe dj je, die tanye dengan segala mic speaker semua, “ni RELA mana ni dik?”. Fuck*ff la bro. Kitorang silat kot. Tapi protest u tak terkeluar. Biasa la. Minda kelas pertama. Balas dengan senyuman je.

#terlintas quote "kita berada ditempat yang salah, pada masa yang salah, dengan orang yang salah, memakai baju yang salah". yang baju tu photofibre yang tambah.

#masuk dalam bas, ada tido, ada makan nasik, aku lapa giler, tapi malas makan. Ngantok tapi aku jenis tak boleh tidor dalam kenderaan. Tahan mata jela.

#da sampai PLKU balik, tukar baju, PULANGKAN dekat plku. Nasib baik dorang bagi pinjam. Kalo bagi terus rasanya aku simpan ke kot. Sayang nak pakai. Bukan senang nak dapat baju rela print RELA besar2 dekat belakang. Cool kot. Kot la.

#hantar dak2 balik uniten.

#balik kajang.

#online dan masih belum mandi lagi sekarang.

#habis mengupdate blog.

#sekian.


p/s: letih menaip. walaupon malas2 entry still jadi panjang. apa la masalah aku. oarng bukan baca pon.
p/s/s: esok aku nak pergi lagi. tak habis round. lepas zohor kot. korang kalau nak datang, datang lepas kol3. kalo tak nanti aku susah nak parking kete. orait? deal ek??

22 December 2010

Last entry aku paling last, 4disember lepas. Sejak dua tiga menjak agak busy dengan macam2 sampai rasa malas gler nak update blog nih. Lagipon macam takde cerita sangat. Takat nak cerita pasal aku ari2 bangun lambat pergi kelas, then quiz kantoi nak jawab, sape nak baca ye tak?

Perkembangan terbaru, takde sangat la, selain sem ni aku da aktif blek berniaga cop2 baju (t shirt printing) under strawbearu. Aritu just dapat sorang customer je, it upon 2helai. Jadi la. Mula2 memang susah. Nanti lama2 senang la tu.

Bab silat, aku da Berjaya naik bengkung. Alhamdulillah. Tak de la terel. Kalo dulu sebelum involve dengan silat, impression aku, klo bengkung lagi tinggi, hebat la. Tapi tak jugak. Tambah2 kitorang ni student, memang busy sikit la nak kejar macam2. Actually bengkung tu menunjukkan tahap ilmu, atau dalam bahasa moden silibus la. Lagi tinggi, lagi banyak la belajar, and by the time being, semakin mantap la, tu pon kalo selalu practice. Kalo last minute study, harapan arh. Silat pon ade last minute study. Hehe. Sok nak grading baru nak kelam kabut. Then time tu mula la nak reka buah sendiri. Heish.
errrrr.....

Cuaca sekarang tak menentu je, tengah hari panas macam hell, then petang hujan plak. So aku ni pon selalu la gak sakit. Sejak 2 3 ari gak demam. Semalam nak pegi dispensary, tapi tutup plak. Tapi tadi aku pegi, lepas short quiz, rempit pegi dispensary jap. Dapat la ubat berkilo2, dengan mc sehelai. Da dapat mc, bukan aku guna pon, tadi still pergi kelas. Setakat selsema, bersin sikit2, bek aku pegi kelas je, daripada ponteng. Nnt confirm tertinggal banyak je. Seminggu satu bab. Nanti tak pasal2 kantoi xdpt jwb exam.

Mula2 aku pon tak perasan ade bende pelik kt mc aku tu, tapi lepas da baca, agak lawak la, even doctor pon leh mamai, tak perasan. Lawak tol. Xpe la. Manusia. People makes mistakes. Kan?
nampak tak??

Guest what? Semalam tengah dok lepak kat mekdi bangi, tibe2 nampak awek cun, si Heliza rupenye. Pergh, gler comel la mata beliau. Huh. Then tak lama pastu Nampak kamal adli plak. Tapi aku tak amek port. Pe barang tengok laki. Awek ade kan? Hahaha..
 fewitt....

27 July 2010

Agak lama tak update blog nih.. sampai kadang2 da lupe da cmne nak wat entry and blogwalking sume. Oke, itu tipu.

Actually baru hari ahad lepas aku baru balik dari muadzam shah, Pahang coz join program perintis yang PSSGM UNITEN putrajaya and muadzam wat. Agak best la. Tapi kalo nak cite maybe korang tak maw baca kot. Sumpah letih gler tapi sangat2 best and tambahan banyak “bunga” kat sane.. hehe..

tiap kali amek gambar mesti aku pejam mata

Melaka, ade ape ngan Melaka? Tak de pape pon. Cume bila terdengar Melaka, mesti aku teringat la pengalaman yang pelik2 je aku time 2tahun study kat sane. Aku dulu time form4 masuk asrama, kat MRSM TUN GHAFAR BABA Jasin Melaka. Sekolah terbaek pernah aku pergi sepanjang hidup aku, yang banyak bagi experience and yang da banyak ubah aku.

1st of all, bagi yang duduk Melaka, or jasin especially mesti taw camne geogafi kat sane kan? Dari Metropolis Jasin nak ke Bandar hilir tu pon makan masa dalam sejam gak. Tambah ngan trafik light yang mengiringi jalan lurus. Da la tak banyak kete. Maybe saje je nak ajar orang supaya lagi sabar kot. Takpe. Nasib bek bapak aku sabar time drive. Sebab tu name dia Sabri.


Kalo korang perasan, lepas dari Jusco, tak taw name exact tempat tu, nak ke Bandar hilir akan ada 1 fountain. Agak cantik la. Selalu jadi spot orang amek gambar. Then ade satu masa tu, time aku baca paper, jadi front page kat paper tu ade orang baling shampoo dalam tu, and berbuih sampai ke jalan. Sumpah kelakar. Yela, air dalam tu kan circulate dalam tu je. Confem ar berbuih je. Then tiap kali aku lalu situ time outing ngan mak bapak, confem tergelak je. Orang pandai sangat pon payah gak.

Then satu lagi, semua orang taw rasenye yang Melaka sekarang da takde sultan kan? Juz ade Yang Dipertua je. Tapi, kat jasin, or lebih tepat and accurate tanpa sebarang ragu2, ade sorang orang gila nih. Memang garang gile. Selalu je lalu depan gate maktab aku. And yang kelakar pasal dia nih, time aku makan time spm, aku kene stay time tu coz amek subjek rekacipta. Then orang gila nih pon jerit la, “mana sultan Melaka? Sapa dia? Meh aku parang dia, B0^#%^! Minyak naik, semua naik, menyusahkan rakyat.” Sumpah kelakar giler. Aku rase macam nak hempuk je buku teks sejarah dari form1 sampai form5 kat kepala dia, then cakap “ Melaka takde sultan la derr” haha.

Bersambung... (nak tido petang)

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails