nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

Showing posts with label lakhanat. Show all posts
Showing posts with label lakhanat. Show all posts

01 March 2011

Hari ni kelas kol9 aku ponteng, so bangun lmbat sket la, kol9.30 baru la mandi2 mekap2 bagi ensem2 sikit. Then tengah siap2 ade plak sorang mamat yang diiktiraf sebagai member aku dok im kt fb. Serius tak perasan. Dalam fikiran ni ade masalah sikit. Kekeliruan cinta. Ok sambung cerita.

So dalam masa sejam ni aku terbaca la entry kat topimagine.blogspot pasal Melaka kuat maki? Bukan Melaka rasanye, orang Melaka kot. Hehe. Just kidding. Actually aku pon ade experience duduk dekat Melaka. So kalau nak disebut experience, takde orang boleh nafikan ape yang aku cakap, sebab aku cerita balik je experience aku kan? Betul or tak betul tak taw la. So entry ni takde kira sebagai copy2 ha. Kira macam respond la.

2 tahun kat Melaka tu time kat mrsm la. Tempat aku mula transform jadi kacak bergaya. Cewah takdela. Tapi  betul la apa yang mostly orang cakap, orang Melaka diorang ni agak pedas atau dalam bahasa yang lagi sempoi, kuaja sikit la. Haha.

Perkataan macam sial, dah jadi macam biasa dah rasenye. Kat tempat aku jarang tengok orang tua2 dok lepak ramai2 borak2 macam tu. Tapi dekat Melaka, fuh, biasa je. Ok, time tu, aku dari mrsm nak balik ke kl, naik bas dari MC la, or Melaka Central. Dok tunggu sorang je. Time tu biasa la budak asrama. Time nak kua dari maktab pakai baju batik, dah kua baju tu simpan je ar dalam beg balik. Kedut pon ape kesah. Bukan ape, takot nanti orang cakap kerek pulak dok pakai baju batik. Kan?

Dok tengah tunggu tu, ade la dalam 4-5 orang dok lepak2, umur dalam 30something rasanye. Seingat aku time tu bulan puasa, fuh, dorang berborak punye rancak siap maki hamun orang plus sial2 dan words2 yang lain, ade cakap die tak puasa la. Macam2. Aku rilek je dok tepi. Time tu agak dah biasa dok Melaka. Then tiba2 leh lalu teacher EST aku miss Iri Dayanie. Boleh tahan cun jugak la dia ni. Time tu belum kawen lagi. Fuh.. ok2 jangan lebih2. Kontroversi. Then die lalu depan aku, depan pakcik2 tadi jugak la, rilek je pakcik tu ngorat2 sume. “lawa sial” then ade la sikit2 dorang cakap pasal bodyshape. Tak nak sebut. Haha. Tapi serius aku gelak sorang2 kat sebelah tu. cikgu aku kot. Actually banyak lagi kot, cuma aku tak berapa nak ingat je.


Kalo setakat ngorat2 kacau2 pompuan tu rasenye biasa la kot, tempat mane2 pon ade. Tapi tang bahasa dorang tu agak kasar la, tapi bagi aku lawak je. Sebab dah biasa kot. So sebab tu kadang2 aku enjoy je dok lepak dekat MC. Kadang2 dalam bas driver tu kol sape tah. Lagi best kot. Maki je memanjang.


Then ape yang aku perasan, orang Melaka punye slang macam tukar huruf R kat belakang jadi U. Macam TUKAR jadi TUKAU, GEGAR jadi GEGAU, KASAR jadi KASAU, LANCAR jadi LANC.. eh ok sambung citer lagi..

Pendapat aku pulak rasanya kalo sekali dengar, memang rasa macam kuaja bikin panas je bahasa dorang, tapi actually dorang ni jenis straight foward je, takde tapis2 bahasa. Tapi takde kasar mane kalo dah biasa dengan diorang. Siap boleh gelak lagi. Lagipon tak pernah aku tengok orang muda cakap macam tu dekat orang tua. So ok la kan? Baru ada identity sikit Melaka. Dulu time kecik2 mak aku cakap, jangan kawin dengan orang Melaka. Serius aku sampai sekarang taktaw kenapa. Gurau je kot. Haha.

Overall, dok Melaka memang best kot. Banyak perkataan “best” aku belajar macam “lakhanat”. Mane jumpe kat tempat lain wey..

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails