nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

01 March 2011

Hari ni kelas kol9 aku ponteng, so bangun lmbat sket la, kol9.30 baru la mandi2 mekap2 bagi ensem2 sikit. Then tengah siap2 ade plak sorang mamat yang diiktiraf sebagai member aku dok im kt fb. Serius tak perasan. Dalam fikiran ni ade masalah sikit. Kekeliruan cinta. Ok sambung cerita.

So dalam masa sejam ni aku terbaca la entry kat topimagine.blogspot pasal Melaka kuat maki? Bukan Melaka rasanye, orang Melaka kot. Hehe. Just kidding. Actually aku pon ade experience duduk dekat Melaka. So kalau nak disebut experience, takde orang boleh nafikan ape yang aku cakap, sebab aku cerita balik je experience aku kan? Betul or tak betul tak taw la. So entry ni takde kira sebagai copy2 ha. Kira macam respond la.

2 tahun kat Melaka tu time kat mrsm la. Tempat aku mula transform jadi kacak bergaya. Cewah takdela. Tapi  betul la apa yang mostly orang cakap, orang Melaka diorang ni agak pedas atau dalam bahasa yang lagi sempoi, kuaja sikit la. Haha.

Perkataan macam sial, dah jadi macam biasa dah rasenye. Kat tempat aku jarang tengok orang tua2 dok lepak ramai2 borak2 macam tu. Tapi dekat Melaka, fuh, biasa je. Ok, time tu, aku dari mrsm nak balik ke kl, naik bas dari MC la, or Melaka Central. Dok tunggu sorang je. Time tu biasa la budak asrama. Time nak kua dari maktab pakai baju batik, dah kua baju tu simpan je ar dalam beg balik. Kedut pon ape kesah. Bukan ape, takot nanti orang cakap kerek pulak dok pakai baju batik. Kan?

Dok tengah tunggu tu, ade la dalam 4-5 orang dok lepak2, umur dalam 30something rasanye. Seingat aku time tu bulan puasa, fuh, dorang berborak punye rancak siap maki hamun orang plus sial2 dan words2 yang lain, ade cakap die tak puasa la. Macam2. Aku rilek je dok tepi. Time tu agak dah biasa dok Melaka. Then tiba2 leh lalu teacher EST aku miss Iri Dayanie. Boleh tahan cun jugak la dia ni. Time tu belum kawen lagi. Fuh.. ok2 jangan lebih2. Kontroversi. Then die lalu depan aku, depan pakcik2 tadi jugak la, rilek je pakcik tu ngorat2 sume. “lawa sial” then ade la sikit2 dorang cakap pasal bodyshape. Tak nak sebut. Haha. Tapi serius aku gelak sorang2 kat sebelah tu. cikgu aku kot. Actually banyak lagi kot, cuma aku tak berapa nak ingat je.


Kalo setakat ngorat2 kacau2 pompuan tu rasenye biasa la kot, tempat mane2 pon ade. Tapi tang bahasa dorang tu agak kasar la, tapi bagi aku lawak je. Sebab dah biasa kot. So sebab tu kadang2 aku enjoy je dok lepak dekat MC. Kadang2 dalam bas driver tu kol sape tah. Lagi best kot. Maki je memanjang.


Then ape yang aku perasan, orang Melaka punye slang macam tukar huruf R kat belakang jadi U. Macam TUKAR jadi TUKAU, GEGAR jadi GEGAU, KASAR jadi KASAU, LANCAR jadi LANC.. eh ok sambung citer lagi..

Pendapat aku pulak rasanya kalo sekali dengar, memang rasa macam kuaja bikin panas je bahasa dorang, tapi actually dorang ni jenis straight foward je, takde tapis2 bahasa. Tapi takde kasar mane kalo dah biasa dengan diorang. Siap boleh gelak lagi. Lagipon tak pernah aku tengok orang muda cakap macam tu dekat orang tua. So ok la kan? Baru ada identity sikit Melaka. Dulu time kecik2 mak aku cakap, jangan kawin dengan orang Melaka. Serius aku sampai sekarang taktaw kenapa. Gurau je kot. Haha.

Overall, dok Melaka memang best kot. Banyak perkataan “best” aku belajar macam “lakhanat”. Mane jumpe kat tempat lain wey..

29 July 2010

Minggu ni agak busy, sampai aku tak pergi kelas pagi ni. Tak pe r.. tido lagi penting kan kan?
Nak sambung cerita pasal Melaka nih, time kedatangan aku yang pertama, cewah, macam ayat buku teks sejarah pulak. Buku yang aku susah nak khatam sejak form1 lagi. Time tu aku darjah5 kot time mula2 pegi Melaka. Bercuti ngan family. Then stay la kat chalet kat tanjung bidara, best gak. Malam2 macam rebut topan je. Sejuk je. Pagi2 lepas subuh pon lepak tepi pantai.



 Then macam2 tempat la yang aku ngan adek bradik tak pernah pegi kitorang pegi. Ade la amek gambar cket2. Time tu sume pose skema je. Berdiri tegak. Aku pon tak taw nape camtu. Aura photogedix tak kua lagi time tu. time tu camera jenis lame, pakai Kodak tu. so tak leh la nak ushar2 gambar, da pegi cuci baru leh tengok lubang idong sorang2. Jap ek, nape orang cakap cuci gambar? Tak terpikir plak aku. Heish..



Then tak lama pastu, kat umah la, aku pon yang bijak laksana alberto Einstein nih pon nak ushar2 la camera tu. bese la, tak pernah bukak camera. Aku pon port baek punye. Kat umah aku, cari tempat sunyi sket, tengok dalam cerita kat tv, org bukak camera tgok filem dye, fuh. Cambest kan? Aku pon bukak la.


Sekali terkantoi ngan mak aku. Then kene sound la. Actually kalo camera jenis tu filem dia exposed kat sunlight, sume gambar akan hilang. Tapi aku mene taw. Mengamok la mak aku. Haha. Aku pon tengah blur2 lagi time tu, layan jela. Tak lama pastu, time aku masuk TGB, or MRSM JASIN, mak aku sampai da muak da pergi Melaka. Amek la gambaq puas2. Adik aku pond a ikut jejak aku. Time darjah1 dia wat bende same gak. Tapi bapak aku tak marah pulak. Tak aci!!


Tengok orang pakai DSLR, jeles gle aku. Tapi aku cam cuak je nak amek gambar. Maybe sebab tu la aku tak jadi photogedix and photographer.

p/s: tak pasti ade sambungan lagi ke tak...

27 July 2010

Agak lama tak update blog nih.. sampai kadang2 da lupe da cmne nak wat entry and blogwalking sume. Oke, itu tipu.

Actually baru hari ahad lepas aku baru balik dari muadzam shah, Pahang coz join program perintis yang PSSGM UNITEN putrajaya and muadzam wat. Agak best la. Tapi kalo nak cite maybe korang tak maw baca kot. Sumpah letih gler tapi sangat2 best and tambahan banyak “bunga” kat sane.. hehe..

tiap kali amek gambar mesti aku pejam mata

Melaka, ade ape ngan Melaka? Tak de pape pon. Cume bila terdengar Melaka, mesti aku teringat la pengalaman yang pelik2 je aku time 2tahun study kat sane. Aku dulu time form4 masuk asrama, kat MRSM TUN GHAFAR BABA Jasin Melaka. Sekolah terbaek pernah aku pergi sepanjang hidup aku, yang banyak bagi experience and yang da banyak ubah aku.

1st of all, bagi yang duduk Melaka, or jasin especially mesti taw camne geogafi kat sane kan? Dari Metropolis Jasin nak ke Bandar hilir tu pon makan masa dalam sejam gak. Tambah ngan trafik light yang mengiringi jalan lurus. Da la tak banyak kete. Maybe saje je nak ajar orang supaya lagi sabar kot. Takpe. Nasib bek bapak aku sabar time drive. Sebab tu name dia Sabri.


Kalo korang perasan, lepas dari Jusco, tak taw name exact tempat tu, nak ke Bandar hilir akan ada 1 fountain. Agak cantik la. Selalu jadi spot orang amek gambar. Then ade satu masa tu, time aku baca paper, jadi front page kat paper tu ade orang baling shampoo dalam tu, and berbuih sampai ke jalan. Sumpah kelakar. Yela, air dalam tu kan circulate dalam tu je. Confem ar berbuih je. Then tiap kali aku lalu situ time outing ngan mak bapak, confem tergelak je. Orang pandai sangat pon payah gak.

Then satu lagi, semua orang taw rasenye yang Melaka sekarang da takde sultan kan? Juz ade Yang Dipertua je. Tapi, kat jasin, or lebih tepat and accurate tanpa sebarang ragu2, ade sorang orang gila nih. Memang garang gile. Selalu je lalu depan gate maktab aku. And yang kelakar pasal dia nih, time aku makan time spm, aku kene stay time tu coz amek subjek rekacipta. Then orang gila nih pon jerit la, “mana sultan Melaka? Sapa dia? Meh aku parang dia, B0^#%^! Minyak naik, semua naik, menyusahkan rakyat.” Sumpah kelakar giler. Aku rase macam nak hempuk je buku teks sejarah dari form1 sampai form5 kat kepala dia, then cakap “ Melaka takde sultan la derr” haha.

Bersambung... (nak tido petang)

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails