nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

Showing posts with label MPP uniten. Show all posts
Showing posts with label MPP uniten. Show all posts

05 March 2011

Esok, kejap lagi actually, tepat kol5 dah nak kena ready2 kumpul dekat usk(unit sukan dan kebudayaan) sebab nak bertolak ke UTP, so takleh tido ar, then aku saje je ikot akem pergi riding bmx. Bukan ape saje je nak isi masa, dari aku dok bilik sorang2 mengadap laptop je, jiwa kacau gak nanti. Sekali sekala kena tengok jugak la dunia luar, kan? Tapi serius style tengok dorang maen bmx, teringin gak aku nak try tapi risau nanti “warm-warm chicken shit” je aku dalam arena bmx ni. Jenis ikot trend. Orang main dslr, nak join, orang main bmx, nak join, bila sume da tukar, tinggal gitu je. Jadi macam lalang. Takde identity.
******************

So entry kali ni ialah follow up untuk isu bil letrik, eh silap, sorisori, isu topup letrik. Sebab kalo bil takdenye lampu padam tiba2. Kamis lepas ada event anjuran mpp uniten. Ternyata ramai yang silap bagi impression dekat mpp uniten, kata dorang tak buat keje la, camtut la, macam2, tapi actually dorang cuba nak backup student, Cuma flow die mcm tersekat. Macam suara tak cukup kuat gitu. Pape pon agak syabas la bagi mpp. Aku pon salah sorang yang cakap camtu sebelum ni.

Malam tu semua student yang tak puas ati dengan meter letrik dengan sewa rumah yang fuh-giler-mewah-macam-aku-anak-sultan-brunai pakai baju merah. Aku baju merah takde sangat. Ade baju tgb, dengan ytn je. Baju ytn (yayasan tenaga nasional) tu aku jarang pakai sebab macam segan. Jangan tanye kenapa la. Then time pakai semalam, agak tak selesa la. Macam aku ni kaki tnb plak. Walaupon memang betul. Future staff. inyaAllah.


Event tu agak panas la lepas presentation ape tah dari geng2 management. Aku taktaw sebab agak lewat setel group project time tu. sesi yang hot malam tu time Q&A la. Time tu memang student pakat hentam geng2 management betul2. Memang best, tapi kalo difikirkan balik cara dorang, agak tak professional la hentam2 gitu. Mane leh paksa dorang buat decision time tu jugak. Bagi aku la. Sebab dia bukan one-man-decision.

The next thing is bila student tanya macam2, geng2 management ni tak menjawab soalan. Agak panas di situ sebenarnye. Dan yang tak boleh belah bagi aku bila dorang jawab macam saje cari point nak isi masa. Sebagai contoh, bila pelajar suggest yang nak pilih hausmate unutk sem2 depan since dah kena bayar topup letrik, dorang punye answer ialah “when u work in industry, u will never can choose to whom u working with” something like that la. English aku tak terel sangat. Bukan nak mengata. Tapi macam tak kena dengan situasi.

Kalo nak cerita memang boleh panjang la entry ni. Overall aku rasa event macam DIALOGUE WITH THE MANAGEMENT TEAM ni kena buat selalu la. Dalam 2 bulan sekali ke. Kan? Agak lambat aku update sebab semalam busy dengan test. Sampai si wazer gelar aku “abg test”, sume test aku nak rembat. Dem.

p/s: tajuk kemain lagi english. sebab aku buat entry dulu baru pikior tajuk. gitu la jadinye.

01 March 2011

Dulu..

"Yo bro, wassup2?
assignment dah siap?
Camne dgn projek? Next week present doooowh..
Wei malam ni shisha jom.
Dota..  dota...

Ni antara ayat2 lama yang warga uniten guna untuk menyapa member2 kalo terselisih ke kelas. Kalo member la, kalo tak member aku engok semua macam kerek je. Serius. Kadang2 dah taw ape jawapan orang yang kita nak tanye tu, tapi biasa la, budi bahasa. Janji tegur ye tak? Macam aku selalu orang tanye, lagi2 pompuan la, “paan, bila nak kawen?”. Ok. Yang last tu aku reka je.

Lepas dari hari isnin hari tak silap aku, satu disaster telah melanda warga uniten puaka pusaka tersayang ni. Ape lagi kalo bukan pasal meter elektrik. Fuh bukan main berkira ye encik uniten ni. Dah yuran apartmen naik, letak meter lagi. Meter plak boleh topup2. So lepas ni budaya “ bergelap-secara-tiba-tiba-sebab-topup-abes akan menjadi pengalaman baru kepada student uniten. Serius aku rasa macam special sangat experience ni. Ok fine, aku da ade point nak letak dalam resume nanti. “Work in darkness”.

Ok cerita sikit bab meter ni. Cara dia macam dalam post lama ni bila topup dah habis korang pergi beli dekat admin, then masok smartcard kot, jolok2 bagi naik balik topup. So untuk permulaan dorang dah bagi rm40 untuk semua rumah. Kalau topup henpon best kot. Tapi topup elektrik rumah, fuh, abes gitu je. FYI, kadar yang dorang guna ni agak mahal la. Iaitu lebih kurang RM0.40 BAGI SETIAP 1KILOWATT. Kaya kan kitorang?

ni tariff untuk meter biasa kat rumah. kitorang punye 40sen dude!

Banyak lagi caca marba yang berlaku di uniten sekalian kalinya, dulu dorang naikkan sewa rumah dari 260 kepada 280. Then xsampai 1tahun dorang nak naik lagi kepada 300. Fuh kayak an kitorang?

So bayangkan kalau korang macam aku, dapat hausemate yang agak kotor, then dengan bising giler, tu takpe lagi, then dengan bawak aparatus2 orang dah dok umah kat luar macam tv and peti ais lagi, siap dgn bawak member (squatting) so dah jadi 5orang dah rumah aku. Yang sorang lagi tu ade 2 lcd computer dalam bilik die. On je 24hours. Best kot hausmate dengan dorang. Xpe2. Nanti aku report. Hahahahahaha.

The best part is, MPP Nampak macam bergaya je goyang kaki. Ok malas komen lebih2. Kadang2 serius aku jeles tengok uni lain punye rancak pilihanraya dorang, kat uniten, alah.. heish.

So aku dan geng2 dah mula dah cari rumah sewa. inyaAllah nanti duduk dengan senior2 budak silat, dash n wazer. Tapi tak sure lagi. Dalam minggu ni dorang konfemkan.Dari benda macam ni pon, macam2 idea budak2 ni. Biasa la, engineer kot..



Ok la, tak nak la guna letrik lama2. Membazir kot. Sekarang baki topup aku tinggal RM33.40. huish sempat ke meneruskan sisa2 hidup sehingga final?

25 August 2010

Tengah sedap2 dok online hari tu, tiba-tiba berbunyi plak emel aku. Ketung!(lebih kurang la bunyi) dari ym aku. Owh. Emel uniten lagi. Selalu aku tak layan sangat emel UNITEN hantar. Da lama baru baca. Kadang2 bende da lepas aku baru taw. Nama je orang zaman siber. Tapi bende kat uni sendiri pon tak amek kesah. Sila jangan contohi saya. Hari tu pon sama. Aku tak layan emel tu.

Then da dengar-dengar cerita dari penduduk setempat, maksud aku manusia. Bende lain tu ade jugak kadang2 berbunyi. Biar je. Rupa-rupanya da tiba musim mengundi! Jeng jeng jeng.

“heih, jadi gak dak2 uniten nih nak mengundi ek? Taun lepas menang tanpa bertanding.”

Tu je yang terkeluar dari mulut aku. Agak kelakar bila sapa yang apply untuk jadi MPP taun lepas, dia la dapat jadi MPP terus. Tak payah penin2. Tapi tu la realitinya taun lepas. Da memang rezeki korang nak jadi MPP agaknya.


Check2 emel, da ready da dia letak tempat2 mengundi semua. Sebelum nih aku pernah gak mengundi. 2kali. Tapi kat MRSM la. Kan dulu2 kita vote student paling hot? Eh silap. Vote untuk calon BWP, badan wakil pelajar. Ingat x? (sila angguk 3x).

Dan proses membuang undi pon berlansung dengan jayanya siang tadi. Kenapa buang undi ek? Muskil2. Bab bahasa memang meng-ge-li-ru-kan aku. Sebut betul2 oke.

Nak dijadikan cerita, mengundi kat mrsm dulu sangat2 la havoc bagi aku. Sebabnye, ade proses2 semua. And yang jadi calon pon member2 gak. Tapi takde la nak gadoh2. Kalo aku, bab nak jadi badan kepimpinan nih lemah sikit. And time tu memang tak layak pon. Pointer tak cukup. 3.5 baru la lepas.

Untuk 2taun aku kat mrsm, tak pernah pergi lagi time dorang dok manifesto. 2tahun kat sane, 2x jugak la aku ponteng. Aku pon tak ingat nape aku ponteng. Sebab tak wajib datang kot. Tah tak ingat. So tak leh nak cerita sangat la. Tapi ape yang dapat dilihat ialah bila ada trademark yang pelik2 lekat kat dorang. Memang kelakar. Biro makanan MRSM TGB time tu, fazrul time manifesto mempromote diri dia dengan mengatakan “saya best. Kenapa anda perlu undi saya? Sebab saya best”. And sampai bila2 la nama dia lekat jadi Fazrul Best. Seingat aku la. Kalo salah, hehe. Senyap jela. 

Untuk mengundi plak, senang je, sebab budak2 SPR akan datang ke kelas. Bawak kertas A4 yang ada muka sorang2 calon. Tak payah beratur macam tadi. Time beratur tadi siap ada budak Tanya lagi, “nak mengundi kena bayar tak?” adoi. Aku rasa serba salah nak gelak.

credit to: raifana

And time mengundi tu, biasanya tak kenal sangat calon2 tu. so yang laki2 nih mula la vote yang cun2. Orang suruh cari calon BWP, dorang dok bincang macam cari miss universe, atau dalam BM “Cik Alam Semesta”. Yang pompuan tak taw la pulak. Tapi tak caya la aku kalo dorang tak pernah terfikir camtu... kan kan kan?
Time mengundi pulak, bende yang selalu jadi ialah budak2 form5 akan suka buat undi rosak. Yela, calon semua budak junior, form4. So kitorang yang da senja kat maktab tu pon cam da tak amek port sangat la. Undi rosak pulak memang namapk sangat sengaja buat. Orang pangkah dalam kotak, dia tick, macam lambing nike tu. kang tulis rait korang tak paham plak. Haha.. rait? Sengal. Asal bunyi sedah ye john.
"rait" je yop
Selain tu, ade jugak yang mengomen kat ruang nak pangkah tu. macam2 komen. Suka2hati je nak komen. Misai ngan jambang yang ditambah2 tu takyah cakap la. Confem ada punye. Siap pakai artline lagi. Sah2 la Nampak real kan? Macam mr.potato.
keh keh keh

Begitu la perangai time sekolah2 dulu. Aku tau ni bukan sebab aku buat, tapi sebab yang buat ni member2 aku jugak. So tak heran la peratus undi rosak time tinggi giler time batch aku form5. Kalo ade mantan BWP yang baca entry aku nih, hehe. Ni la pandangan orang bawah. Tapi BWP batch aku sangat2 bagus dalam melaksanankan tugas. Bukan nak bodek, tapi... tapi... er.... eh, ade orang belakang ko!.

Hari ni punye kertas undi leh tulis nombor je. Takbest!. And ade pak guard jaga lagi. 

"Saya sudah mengundi. 
Anda bila lagi??"

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails