nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

Showing posts with label uniten. Show all posts
Showing posts with label uniten. Show all posts

26 March 2011

Apa cerita lepas spm bro? Dapat result sedih, nanges. Dapat result cantik pon nanges. Ah suma tu normal. Bila lagi nak nanges ek? Ok fine aku mengaku aku menangis gak dulu. Haha. So kepada bekas calon spm, tahniah korang dah nak masuk zaman university. Zaman yang penuh dengan benda2 yang korang tak expect. Serius [kot]. Based on experience aku, life dekat uni memang lain sangat dangan time sekolah.

Ok mula dengan episode putih, kemudian jadi hitam dalam hidup aku. Kira nak bagi nasihat jugak la kat korang-korang-korang ni. Aku dulu time result keluar, aku tak pergi sekolah pon nak amek result. Hari kamis time tu. hari jumaat baru aku amek. Sebab die ade 2. No1 sebab parents aku pergi kedah, ada urusan ape tah untuk adik aku dekat sekolah die. Then no2 sebab aku kerja. Shit kan keje kopitiam sume dak lepas spm. Then sume rumah dekat2, pakat nak cuti. Aku yang sekolah jauh la jadi mangsa. Takpe beralah. Sedih gak la tak dapat jumpa classmate sume. Lama kot berpisah lepas spm. Confem dorang ramai yang sunburn sebab pergi plkn. Haha padan muka korang.

Tapi aku still dapat taw result aku. Cuma dari call je. Thanx to hanisah ahmad zaki. Nama dia lepas nama aku je. So leh la tolong skodengkan. Then bila die kol aku, serius aku ingat die tipu aku. Sori walaupon ko baik aku still susah nk caye ape ko cakap. Then aku nanges, ok cukup sampai situ.

Nak dijadikan cerita, dengan result aku tu leh la nak apply mane2, inyaAllah la lepas. Tapi sebab leka, main2 sangat, busy dengan kerja kopitiam yang tak kemana tu, aku lupa nak apply untuk jpa and mara. Gap masa seminggu je dorang bagi untuk apply. Lepas seminggu baru la aku sear. Demm. Takpe2. Nasib baik ade plan B. Aku dah apply scholarship ytn [Yayasan Tenaga Nasional], uitm dengan matrix.

Long story short, aku tak dapat ytn, tapi dapat matrix dengan uitm. Arh. Aku taknak masuk dua2 ni. Dari dulu kot nak masuk uniten. Sejak form4. Kenapa? Sebab rate or hirement uniten’s graduate sangat2 tinggi. Almost 100% dapat kerja lepas grad. And memang betul pon. Then nak taknak, kena decide. Aku masuk matrix gopeng. Time tu memang macam turning point dalam hidup aku. Aku bajet dapat sains fizikal. Leh sambung engine nanti. Sekali dapat sains hayat.
Pic
Boleh je nak tukar kos. Sepanjang perjalanan tu pon aku macam tak sedap ati. Tertanya2 ape kos aku nanti. Ada rasa macam nak tukar medic pon ade. Sekali betul2 dapat sains hayat. Arh. Memang susah nak ubah mindset yang selama ni nak jadi engineer, tiba2 kena jadi doctor. Aku tak suka la bedah2 [bukan ko cik Bedah, hehe]. Bukan takot darah. Tapi macam tak sampai hati. Lagi senang kalo aku kerja dengan machine. Tapi nak buat macamana. Aku still tukar kos jugak.

Sebab ape? Sebab kegagalan aku selama ni. Aku pernah apply SPC MRSM, amek uni dekat aussie, engineering, tak dapat. Apply ytn, engineering, tak dapat. Masok matrix, kene offer medic. Time cuti, dapat 2tawaran medic pergi mesir. Tapi tu suma bisnes. Sape2 pon boleh dapat. Lepas 2minggu dekat sana aku berjaya ubah mindset aku. Time tu aku baru rasa betapa mulianya orang2 yang belajar medic ni. Dorang susah2 belajar, nak score sana sini, 4.0 belum tentu boleh masuk uni sambung medic, dah kerja nanti on call, and ratio doctor to pulic dekat Malaysia sangat2 la sikit. Tapi dorang still nak medic. sebab nak tolong orang. Time tu Allah buka mata aku.
mizi and qawim, classmate aku kat matrix. dorang 2org datang 
tengok aku packing barang last night aku kat sana. serius aku terharu.

Then tah macamana, mungkin Allah nak tunjukkan something kat aku, and dah accomplished, aku dapat call dari ytn, aku dapat scholarship. Alhamdulillah. Mak aku excited sangat. Family aku bukan orang senang. Nak masuk uni, memang nak pakai duit banyak. And aku still ada adik2. Alhamdulillah.

So ape yang aku nak story dekat sini, jangan leka la korang lepas spm. Kalo korang dapat 10A sekalipon, korang takkan dapat scholarship, kalo tak apply, macam aku. Bodoh kan?? Tapi kita kena ingat, tak kira macam mana kita rancang, Allah jugak yang menentukan. Allah dah tunjukan aku hati budak2 medic. Allah dah bagi aku classmate budak medic yang sangat2 rajin. Allah dah tunjukkan aku ade orang lagi susah dari aku, and Allah dah buktikan yang Dia boleh buat apa saja. Suma macam dah tertulis. Hebat kan Allah? Subahanallah.  TRUE STORY.
********************
Attention: kepada para2 readers, aku galakkan korang try apply scholarship ytn, ade dua program, oversea and dalam Negara, dalam uniten. Ni link dia http://yayasan.tnb.com.my/sam/ . based on experience aku, memang best la, paling best sebab korang nanti aka nada kontrak dengan tnb. Bagi aku satu advantage, sebab tak perlu risau pasal kerja lepas grad nanti. Aku kos electrical power. Banyak cos lagi, leh tengok dekat web uniten http://www.uniten.edu.my/newhome/content_list.asp?ContentTypeid=99. Tapi, meter letrik kena pakai topup la. Tu takbest. =)


11 March 2011


Sape yang search ni? Mengaku Cepat!

01 March 2011

Dulu..

"Yo bro, wassup2?
assignment dah siap?
Camne dgn projek? Next week present doooowh..
Wei malam ni shisha jom.
Dota..  dota...

Ni antara ayat2 lama yang warga uniten guna untuk menyapa member2 kalo terselisih ke kelas. Kalo member la, kalo tak member aku engok semua macam kerek je. Serius. Kadang2 dah taw ape jawapan orang yang kita nak tanye tu, tapi biasa la, budi bahasa. Janji tegur ye tak? Macam aku selalu orang tanye, lagi2 pompuan la, “paan, bila nak kawen?”. Ok. Yang last tu aku reka je.

Lepas dari hari isnin hari tak silap aku, satu disaster telah melanda warga uniten puaka pusaka tersayang ni. Ape lagi kalo bukan pasal meter elektrik. Fuh bukan main berkira ye encik uniten ni. Dah yuran apartmen naik, letak meter lagi. Meter plak boleh topup2. So lepas ni budaya “ bergelap-secara-tiba-tiba-sebab-topup-abes akan menjadi pengalaman baru kepada student uniten. Serius aku rasa macam special sangat experience ni. Ok fine, aku da ade point nak letak dalam resume nanti. “Work in darkness”.

Ok cerita sikit bab meter ni. Cara dia macam dalam post lama ni bila topup dah habis korang pergi beli dekat admin, then masok smartcard kot, jolok2 bagi naik balik topup. So untuk permulaan dorang dah bagi rm40 untuk semua rumah. Kalau topup henpon best kot. Tapi topup elektrik rumah, fuh, abes gitu je. FYI, kadar yang dorang guna ni agak mahal la. Iaitu lebih kurang RM0.40 BAGI SETIAP 1KILOWATT. Kaya kan kitorang?

ni tariff untuk meter biasa kat rumah. kitorang punye 40sen dude!

Banyak lagi caca marba yang berlaku di uniten sekalian kalinya, dulu dorang naikkan sewa rumah dari 260 kepada 280. Then xsampai 1tahun dorang nak naik lagi kepada 300. Fuh kayak an kitorang?

So bayangkan kalau korang macam aku, dapat hausemate yang agak kotor, then dengan bising giler, tu takpe lagi, then dengan bawak aparatus2 orang dah dok umah kat luar macam tv and peti ais lagi, siap dgn bawak member (squatting) so dah jadi 5orang dah rumah aku. Yang sorang lagi tu ade 2 lcd computer dalam bilik die. On je 24hours. Best kot hausmate dengan dorang. Xpe2. Nanti aku report. Hahahahahaha.

The best part is, MPP Nampak macam bergaya je goyang kaki. Ok malas komen lebih2. Kadang2 serius aku jeles tengok uni lain punye rancak pilihanraya dorang, kat uniten, alah.. heish.

So aku dan geng2 dah mula dah cari rumah sewa. inyaAllah nanti duduk dengan senior2 budak silat, dash n wazer. Tapi tak sure lagi. Dalam minggu ni dorang konfemkan.Dari benda macam ni pon, macam2 idea budak2 ni. Biasa la, engineer kot..



Ok la, tak nak la guna letrik lama2. Membazir kot. Sekarang baki topup aku tinggal RM33.40. huish sempat ke meneruskan sisa2 hidup sehingga final?

12 January 2011


Mostly bila first time dengar pasal topup elektrik, mesti macam terkezut je, then wat2 muke kot2 salah dengar ke kan? Tapi actually benda ni memang wujud.  Bukan calang2 tempat ade benda cmni. Just tempat yang hebad2 belaka je. Wtf?

Memang betul2 ada, tak lama lagi, uniten akan pasang meter elektrik kat semua apartmen student dalam campus, tak kesah la amanah ke, cendi, murni or ilmu. So kalo korang dok dalam, memang confirm kena bayar la bil elektrik. Berapa  banyak korang guna, banyak tu la kena bayar.

Tapi, cara bayar lain sikit. Bukan macam biasa tu. luarbiasa sikit. Luarbiasa banyak actually. Korang kene pegi admin then beli topup, gores *imaginasi aku* then camne nak key in tu x taw la plak. So briefly, kalo da abes amount letrik yang korang beli tu, abes la, padam la. Shit.
gambar curi dari fb member. kat murni kot.
Katakan la, buatnye tengah malam jumaat, esok plak nk ade exam ke, tiba2 blackout sebab tak topup abes. Topup bukan ade jual kt 7E macam biasa. Kalo ade tak pe. Tapi bagi yang bijak sikit, ade beli topup spare, selamat la. Kalo kurang bijak? Haaa..

Buatnya pulak dapat 1 rumah dengan budak2 yang jenis buang karan, pasang laptop 25jam sehari siap dengan peti ais segala lagi, tak ke Haram camtu? Kite guna sikit ciput tapi die guna lebey2 gle vavi tapi bayar same je. Aci ke? Kalo Tanya kat aci pon die cakap tak aci.

Bukan ape kitorang student2 tak puas ati, satu sebab semua bukan kerja lagi, and bukan sume kaya raya sangat. Even kalo kaya raya pon xdenye die sanggup bayar camtu. 1bulan da rm280. Then nak topup2 lagi plak. Nasib bek aku tak isap rokok. Kalo tak bertambah la expenses aku. Nak beli choki2 pon tak lepas.

So bila lepak dengan member2 yang separa akalnye, macam2 idea la timbul nak jimat topup nih. Ade yang nak lepak bilik member je memanjang. And yang paling takleh blah bila time nak berak pon pakai lilin. Dah macam ape dah. Masok rumah je lilin je. Gler takbest. Dok uni tnb punye. Tapi letrik pon kene bayar. Heish.

Buat budak2 yang dok luar, agak advantage la, boleh sumbat ramai2, then letrik campur bil ade yang sampai rm150 je sebulan. Naik plak motor pegi kelas, so takde la rasa berat sangat. Bagi aku plak, nasib bek ade duit elaun, boleh la tampung2 sikit. Tapi still tak sedap la, uni laen takde pon sampai macam ni.
Jangan lepas dah berjaya tarik duit kitorang dengan letrik, jangan wat meter air pulak sudah. Watnye tengah mandi tibe2 air ilang. Haa.. pe cer?

Sebab kes2 camni la, taglin uniten dah ditukar oleh student2. Dari UNITEN GENERATES PROFESSIONAL kepada UNITEN GENERATES MONEY. Hampeh.  

07 January 2011

Ape korang rasa, kalo ade budak dalam kelas korang bertanya kat lecturer macam die sorang je yang baca buku? Macam la korang tu tak study lansung sebelum kelas, walaupon memang betul korang  tak study? Best ke? Macam tak best je. Cam siot je kan?

Agak annoying la bila die sorang je yang bertanya macam2. Kalo macam aku, memang jenis malu bertanya. So dalam kelas kalo tak paham, memang aku telan je. Sok lusa Tanya la member. Pe guna member ade kan? Punye malunya aku sampai cikgu2 dulu pon ade yang tak kenal aku walaupon dorang mengajar aku. Best kan? So ble jumpe blek, impression dorang ialah aku budak baik, jarang wat hal. Waa.. Bangga siot. Padahal maluuu..

Tapi aku kaui la, memang tak elok malu2 bertanya nih, tapi kalau dah tak malu sangat tu, da masok cerita lain dah bro. Bukan takat budak2 je menyampah. Lecturer pon menyampah kot. Kalo aku jadi lecturer, kalo budak tu tak fullmark, siap la ko. Ha. Nasib bek tak berapa terbukak ati nak jadi lecturer.

Punye geram sampai geng2 aku lepak mesti kutuk dak ca alip nun alip ni. Korang paham la kot, kalo tak paham, ha. Tak taw la. Ade cakap nak tumbuk la, nak flying kick la *ni aku reka*. Sampai aku rasa budak2 lain jadi confuse sebab dak tu tanya banyak sangat. So aku pon cakap la, “kalo dak ni markah lagi rendah dari aku, aku pegi depan muka die, ludah sekali”. Haha. Just cakap je. Kalo betul2, memang takde aku buat, pape pon, aku kagum dengan orang yang berkobar2 study sampai lupa nak nikmati waktu muda. Pelik la kalo da 30-an lepak2 dengan member pegi shisha segala, then time besday member baling telur dengan tepung. Kan? Kan? Kan?

22 December 2010

Last entry aku paling last, 4disember lepas. Sejak dua tiga menjak agak busy dengan macam2 sampai rasa malas gler nak update blog nih. Lagipon macam takde cerita sangat. Takat nak cerita pasal aku ari2 bangun lambat pergi kelas, then quiz kantoi nak jawab, sape nak baca ye tak?

Perkembangan terbaru, takde sangat la, selain sem ni aku da aktif blek berniaga cop2 baju (t shirt printing) under strawbearu. Aritu just dapat sorang customer je, it upon 2helai. Jadi la. Mula2 memang susah. Nanti lama2 senang la tu.

Bab silat, aku da Berjaya naik bengkung. Alhamdulillah. Tak de la terel. Kalo dulu sebelum involve dengan silat, impression aku, klo bengkung lagi tinggi, hebat la. Tapi tak jugak. Tambah2 kitorang ni student, memang busy sikit la nak kejar macam2. Actually bengkung tu menunjukkan tahap ilmu, atau dalam bahasa moden silibus la. Lagi tinggi, lagi banyak la belajar, and by the time being, semakin mantap la, tu pon kalo selalu practice. Kalo last minute study, harapan arh. Silat pon ade last minute study. Hehe. Sok nak grading baru nak kelam kabut. Then time tu mula la nak reka buah sendiri. Heish.
errrrr.....

Cuaca sekarang tak menentu je, tengah hari panas macam hell, then petang hujan plak. So aku ni pon selalu la gak sakit. Sejak 2 3 ari gak demam. Semalam nak pegi dispensary, tapi tutup plak. Tapi tadi aku pegi, lepas short quiz, rempit pegi dispensary jap. Dapat la ubat berkilo2, dengan mc sehelai. Da dapat mc, bukan aku guna pon, tadi still pergi kelas. Setakat selsema, bersin sikit2, bek aku pegi kelas je, daripada ponteng. Nnt confirm tertinggal banyak je. Seminggu satu bab. Nanti tak pasal2 kantoi xdpt jwb exam.

Mula2 aku pon tak perasan ade bende pelik kt mc aku tu, tapi lepas da baca, agak lawak la, even doctor pon leh mamai, tak perasan. Lawak tol. Xpe la. Manusia. People makes mistakes. Kan?
nampak tak??

Guest what? Semalam tengah dok lepak kat mekdi bangi, tibe2 nampak awek cun, si Heliza rupenye. Pergh, gler comel la mata beliau. Huh. Then tak lama pastu Nampak kamal adli plak. Tapi aku tak amek port. Pe barang tengok laki. Awek ade kan? Hahaha..
 fewitt....

28 November 2010

Sem baru da masok. So seperti biasa adat istiadat confem aku kena check in balek, susun barang2 dalam bilik, argh. Malas btol la. Semalam da check in dah, da letak barang2 tapi leh plak tetinggal bantal peluk kat umah.

Dok asrama memang best, tapi tak semua best la, korang pon taw, masing2 da ada pengalaman sendiri. Pau2, antu la, menyakat tu bende normal la. Klo takde, kang tua2 takde bende plak nak cerita kat anak cucu plak. Tak kan la nak cerita, “dulu atok kecik2 skema je kt skola”.. mesti la takbest kan? So untuk jalan cerita yang gempak siap dengan plot bagai cerita Harry Potter, tak salah jadi nakal kot.


Kadang2 aku pelik kenape budak boleh jadi homesick? Cambest je dok asrama kan? Bab makan jangan cakap la. Da dok 400 orang takkan la dewan selera nak masak sedap kot, bila da masak banyak2, confem la lari sikit rasanya. Aku taw la, sebab bapak aku punye company memang handle dewan makan asrama. Tah2 asrama korang pon bapak aku yang handle. Huh. Tapi lepas spm, aku ade subjek Rekacipta, exam die last skali kot. So time tu ada gap dalam 1minggu gak la. So orang dewan makan still masak untuk kitorang, tapi sikit jela, and rasa die, fuh, sedap la. Memang laen dari biasa.

Fly? Pernah gak aku fly, tapi sekali dua je. Bukan fly pegi mane pon, pegi makan roti canai je. Time tu plak fly dengan budak BADAR. Taw pe BADAR? Klo dak mrsm taw la kot. Aku dulu takot gak nak fly jauh2. Kang kantoi ke, p eke, tak ke susah, nak spm lagi plak tu. hehe.. ni kire rahsia kejayaan jugak la.

Bab menganjing orang, atau dalam bahasa orang kebanyakkannya, menyakat orang tu biasa la. Nama pelik2 pon ade. Nama syafiq, orang panggil kadir. Tah macamana leh jadir kadir pon taktaw. Berdasarkan pemerhatian aku jugak, orang nama syafiq la pling selalu ade nickname laen2 yang pelik gak. Tak taw nape. Klo ikot kawan2 aku la. Maybe sebab ramai sangat kot. Nama paan tu bese la bagi makhluk ensem bernama FARHAN. First time gak la aku time kat asrama dulu, ramai sangat paan. Sampai 5orang. Leceh plak jadinye. Tak pasal2 aku dapat nickname. Arhh malas nak ungkit. Haha..

Papehal pon, dok uma dengan family pon best, dok asrama dengan member2 pon best, Cuma ke-best-an tu laen2. Kita takleh nak fly dengan adik2 kat uma, tapi kita jugak takleh nak gaduh bertumbuk dengan member, pastu petang jap lagi oke blek, macam adik beradik. So, fair and square la kan? Heish. Rindu la plak kt TGB.. huhu

01 November 2010

Howyeahh. Secara rasminye aku cuti hari ni sebab baru dok melakat kat rumah. Sem1 da abes. So masa untuk buat post mortem, baru la Nampak professional sket.

Mulakan dengan of course study la coz aku pembelajar sepenuh masa. Tapi actually last minute gak studynye. Sebab tu macam kantoi je bila tengok balik carry mark semua. =_=

Differential equation Nampak susah mula2 tapi actually senang [kot]. And ada la rasa menyesal sebab aku banyak lengah2 dari awal sem sampai ke final. Da nak final baru paham ape bende la dr.ho chee kit dok mengaja time aku baru mamai bangun tido. Time tu mula la terbayang raoti canai dengan teh o panas.

Calculus huh hampeh. Masuk kelas lansung xpaham ape. Mula2 sem rajin je aku wat exercise. Lepas tu haram. Kadang2 masok kelas, mesti teringat, eh, da samapi chapter ni ni ni?? Cepat gler. Sok quiz. Demm. Cengitu la gamoknye. Ada orang cakap sebab lecturer. Tapi aku tak salahkan lecturer pon. Maksud aku tak salahkan dia 100%. Haha

Circuit analysis orait, tip top dari awal sem sampai ke hujung. Means ape yang aku patot paham dalam 1period kelas tu, aku leh paham time tu jugak la. Walaupon kadang2 sangkut jugak, tapi bese la kan? Einstein pon taktaw 1+1=2 kalo cikgu dia tak ajar.

Circuit analysis lab mula2 best. Start da blaja maen dengan oscilloscope ke ape name tah. Da mula la sandiwara dalam lab tu. macam2 graf yang tak patot di jumpe aku jumpe. Bukit2 la, itu la, ini la. Heish. So far, tak terbakar lagi la mane2 circuit aku.

C programming aku tak suke subjek nih. Tp time lab best la. Tu je kot. Da la kredit hour paling tinggi. Kalo kantoi, abes la wei!


09 October 2010

Rasenye da brape kali ek dalam zaman per-universiti-an aku buat subjek registration? Tah. Malas nak kira. Tapi yang confem serta pasti tanpa sebarang syak wasangka lagi, ari ni la the most worst terpaling tak best. Grammer salah? Ah lantak. Blog aku.

Tadi time subjek registration, tah ape2 je subjek je aku letak. Yang pasti ape yang dalam course structure tu aku da rembat semua la. Tak kesah la dalam special sem ke, xpun untuk sem1 2011 nanti. Time aku 2nd year. Da la dengan datang lambat. Actually aku da bilang awal2 sama bapak aku, yang time slot kol2.20. tapi dia wat lengah je, maybe dia paham yang aku nak kua kol2.20 kot. So kelam kabot la tadi. Dan bapak aku Berjaya memecut 160km/h dari sungai buloh ke uniten. Yay! Nanti nak try pulak la. Cambest je kan? Time slot 25min. Kalo lambat masak la. Nasib bek sempat.

rm6660.00.. macam hantaran kawen. doakan kami bahagia hingga ke hujung sem oke!

So dalam kekelamkabutan aku tadi, memang tak pikir ape. Janji aku register. Tah mane2 lecturer je aku rembat. Janji kelas tak clash. Nape la aku tak plan awal2 dulu. Tu la, semalam dok on9 sesangat. Tak sedar2 yang final da dekat. Bagi yang tak paham proses register subjek nih, mintak map sesangat ye. Aku pon tak berapa paham. So tak leh nak explain. Huh! Setel.
Ok cukup mukadimah. Lame gak aku tak update blog *ayat bese seorang blogger yang tak kreatif* so ni la entry cikai2 aku untuk hari ni. Alasan kali ni aku tak update lebih kukuh, sebab nak final woo.. da la time test2 aritu agak teruk. Result xdapat lagi. Tapi aku da dapat rasa da. Malam2 je mimpi kene flying kick dengan lecturer. Ape lagi kan?

Sejak dua menjak ni aku dah ada 2minat baru plak. And aku berusaha supaya tak hangat2 tahi ayam. 1st ialah pasal fotografi. Tak payah cerita kot. Sume orang taw. Tapi nak cerita jugak. Haha.. aku nak angkat canon 550D nanti. 2nd sem. Tunggu duit bapak angkat aku elaun masok. 2nd pasal bisnes. Tu bia rahsia dulu. Nanti baru bagitau korang. Kan kan?

Dan akhirnya! Berita gembira jugak untuk hari ni, baju ntah da dapat. Ape itu ntah? Ntah tu kira server la kat uniten.tempat mendownload bende2 yang takde kaitan dengan akademik seperti semua episode adamaya yang kt tv3 tu, lagu2 jiwang keparat dan software2 yang macam ape. Game pon ade rasenye. Yang best pasal baju tu, sebab tadi time mak aku Tanya baju ape, aku jawab “ntah”. Beli kat mane? Aku jawab “ntah”. Macam anak derhaka je kan? Tu yang best pasal baju tu. last skali bila aku pakai, Tanya mak aku “lawa tak baju ni?” mak aku jawab “ntah”. Sekian.
lawa tak? jangan jawab "ntah"!

Sempoi je baju ntah nih. Tu yang aku beli. Murah pon murah. Siap ada nama sendiri lagi. So korang jangan jelez *jgn mengada nk jelez* coz aku sorang je kat planet bumi ni yang ada baju ada tulisan PAANTHOLOGY.
one of a kind, look for the whole world, juz me havin it.
 cewah poyo.

Btw, tadi nak download lagi hanyut, faizal tahir, tapi lupa nak type huruf R kat belakang nama tu. sori ek.. hehe..

p/s: header ni dengan header aritu, mane lagi lawa??

30 September 2010

Sem nih macam nak kenekan kitorang budak2 kos electronic(EE) ngan electrical power (EP) je. Study mengila je. Tapi result setinggi semut lompat gak. Disebabkan gler bosan dok kat library sorang2 nih, aku pon menaip nih. Tak taw nak type ape sebenarnye.
Aku so far da brape belas tahun ek hidop ngan exam nih? Malas nak kira. Time mula2 aku kenal ape tu EXAM, aku taw dah cara nak mintak macam2 kat bapak aku. Dia bilang maw beli computer kat aku time darjah1 kalo dapat no1 dalam kelas. Last2 semua exam aku dapat no1. Tapi tipu je. Sampai sekarang tak dapat computer tu. then aku pon cakap “tipu je” cam dalam iklan proton tu. waghaha. Tapi lepas lama2, aku paham la tak dapat computer pon tak pe. Dulu kecik2 mane paham masalah kewangan semua. Bagi aku duit tu leh beli nasik ngan air. 2bende tu je.
Time dulu darjah1 leh la dapat no1 sokmo. Yela, dari 6kelas dulu, aku kelas no5. Mane taknye kan? Time 1st day darjah 1 seingat aku, ada exam gak. Untuk streaming rasanye. Aku ingat time tu ada gamba ikan, pastu kat bawah tu ada la tulis I_A_. Ape lagi kan? Mesti la suruh isi tempat kosong. Tapi time tu aku mane la taw. Ingat nak balek je. Lansung aku tak buat. Sebab tu masok kelas corot. Da masok kelas corot, jadi ketua kelas plak. Fuh, gle ensem. Time tu neck tie aku kaler hijau. Tapi setiap kali pendidikan jasmani mesti dak pendidikan khas curi. Demm tol. Aku gak kena sound. Bukan dorang.

Time mrsm, da aku ada la amek subjek ke-10. Kira lain dari 9basic subject kat mrsm la. Aku make rekacipta. Senang skor. Lukis2 sikit, potong2 kayu, paku2 then wat folio, dapat A1. Senang gler. Then time form5 tu ada la exam. Paper tu petang, kol3 kot. Memang subjek tu takde study punye. Sblom exam memang orang bantai tido punye. Aku pon memang confem arh tido kat dorm. Then tah macamana, bangun tido je dah kol4.30. kua dari partition aku je, ade sorang dak RC gak da balik exam. Arghh.. gler stress wei. Tak kan nak lari pegi amek exam kot. Then sok aku pon pergi la jumpe cikgu, nak re-take. “cikgu, saya semalam tak datang exam, saya nak re-take boleh?”, “kenapa tak datang?”, “saya tido cikgu”, “kenapa awak tido?”, fuh time tu guwa da merah muka da. Tak datang exam sebab tido. Gler otai. Nasib bek leh re-take lek.

Then sejak hari tu, tiap kali nak exam ke, spm ke, test ke, quiz ke, test jpj amek lesen ke, time aku kol mak aku time mintak dia doakan aku, mesti mak aku cakap, “an, sok test hang jangan tidoq lagi, nanti jadi macam dulu”. Hadoi.. semalam pon same weh. Huhu.

p/s: tiap kali update entry, walaupon takde idea, mesti jadi panjang gak. Aku kat library nih. sok exam. arghh!!

03 September 2010


Bagi yang tak pernah dengar nama STRAWBEARU ni, actually STRAWBEARU ni ialah sebuah company yang deal dengan urusan t shirt printing. Bertapak di Kedah, tapi STRAWBEARU ni mempunyai ramai runner2 di seluruh Malaysia, lebih2 lagi di sekitar university dan ipt.

Apa yang aku dapat lihat ialah, konsep STRAWBEARU ni senang je, design baju boleh bikij sendiri, atau kami designkan cun-cun ka tkorang tanpa sebarang charge, bayar deposit rm10 sehelai, then dalam 3-6minggu dapat la baju korang tu. t shirt yang digunakan oleh strawbearu macam t shirt 100% cotton tu sangat sedap. Aku da rasa dah. Confem la kena rasa dulu kan? Baru leh citer kat orang. And quality printing dia memang tahan lama. inyaAllah..

Tak nak cerita panjang2 lagi, so kepada korang yang ada hajat nak tempah t shirt untuk club persatuan or ape2 event, kelas just inform kat mne2 runner di tempat korang, or just deal dengan aku je. Leh contact aku kat paan_sabry@yahoo.com untuk maklumat lanjut. 


Selain menerima tempahan untuk t-shirt 100% cotton, tempahan lain seperti polo t-shirt, baju koporat, jacket, alat tulis dan topi.

Maklumat lanjut boleh ke strawbearu.com.



warna pilihan kalbu...


saiz badan korang brape?



DESIGNS PROPOSALS
--yang pernah aku handle--

personal t shirt order

kelab pewaris jmti penang

the media club jmti 



02 September 2010

Hari ni mostly da start cuti raya da. Aku sejak semalam lagi dalam kepala hotak nih dok piker nak balik je. Badan je kat uni. Tapi fikiran kat rumah awek. And tadi lepas ponteng kelas ngan bangun lambat, aku pon balik la ngan si Honda Wave aku.
pakai honda wave percuma pelukan awek 
Aku ni nama je dok area kl, atau dalam bahasa yang lebih mengada-ngada sikit lembah klang, tapi jalan pon tak brape nak taw. Tapi takpe la kan? Bukan takde signboard kat tepi jalan, paling2 busuk kalo sesat pon, aku cari je klcc. Pastu parking motor naik tren balik rumah. Senang keje. Betul tak?

So tadi dalam kol12, lepas kol awek semua, aku pon bertolak la nak balik rumah, bamboo river sana. Pernah dengar ke??. Then tah macamana dekat2 dengan TPM college, ala, yang dekat dengan mcd yang dekat dengan astro tu, ade la satu simpang. Kat simpang tu ade signboard. Aku ikut jalan ke ipoh. Tapi actually simpang ke ipoh ikut highway tu jauh lagi, aku boleh plak belok kat situ. Ape lagi, terpatah balik la.

Cam buang masa je. Bertolak pukul12, dalam kol12.30 camtu aku dah sampai kat depan uniten balik. Minyak pon da kurang asam* la. Then lepas je salah jalan tu, aku da tak tengok signboard dah. Jalan pon ikut gerak hati je. Waghahaha. BENCIKAU signboard!

Tapi jalan yang aku ikut nak balik tadi memang aku tak pernah lalu pon. Selalu bila da sampai dekat dengan desa waterpark tu, terus je, tapi sebab aku nampak ade signboard ke ipoh, aku pon  belok la. Tah macamana kali ni nak percaya signboard plak. Aku pon tak taw.

Tapi nasib baik sampai gak ke rumah. Tah mane2 jalan je aku redah. Kerinci link la, Tropicana city la. Nasib bek tak hujan. Bagi yang benci baca entry mengada2 aku ni, tolong paham. Aku 1st time balik naik motor. Lesen pon L lagi. Tenkiu oke.

p/s: korang jangan jadi macam aku. BELI GPS!

16 July 2010


Yess! dapat gak akhirnye. Ingat korang je dapat cek ratus2? aku pon dapat la. pasni nak buat ape ek ngan duit nih? Pegi rembat Bigmac 2ketul then makan sampai lebam..

Agak2 korang, sape bagi aku duit sebanyak nih? keje kejap je, dalam 15min camtu, dapat plak Rm100, sumpah masyuk giler.. Teka la cepat, teka.. teka..
sekadar hiasan, kui kui kui

Ye.. jawapan korang SALAH. bukan dari nuffnang atau dari mane2 advertisement company. Tapi dari USK.. taw ke korang ape tu USK? tak taw sila google. confem tak dapat.

USK tu ialah Unit Seni dan Kebudayaan kat UNITEN nih.. Actually ni la upah untuk aku wat demo or dalam bahasa sastera orang kata, PERSEMBAHAN untuk majlis kat Uniten sempena menang award 5S tu.. ala, yang seiri, seiton and sume2 tu. kalo orang dalam industry taw kot.. so dorang pon soh kitorang wat demo tu. tak taw plak dapat upah. Mula2 kitorang niat ikhlas je. haha.. Sekarang da jadi tak ikhlas, salah sape? hang pikiaq la sendiri..




Ni la video time kitorang practice aritu.. simple2 je. takde lawan2 pon.. depan menteri, takkan nak lompat2? tengok balik, macam power rangers pon ade gak.. kan?

speaker anda tidak rosak.. memang takde suara...


So lepas kalo ade event besa2, confem ktorang da tak malas2 lagi.. hehe..
paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails