nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

Showing posts with label buah pelik. Show all posts
Showing posts with label buah pelik. Show all posts

03 July 2010

gambar time muda2 dulu

Korang sume mesti pernah singgah kopitiam kan? Paling tidak pon mesti penah lalu. Tak jugak? Hmm.. mesti pernah tau kan? Ha.. kalo tak, tak taw la nak cakap ape.. hehe.. kopitiam adalah tempat dimana orang selalu lepak, minum2(bukan minum arak) and kadang businessman dok borak2 . And aku dulu lepas spm, keje kopitiam la. Nak cari duit topup nak kol awek pengalaman la katekan. So daripada pemerhatian aku, kadang2 lawak gak peragai orang yang dok datang kopitiam aku nih (maksud aku tempat aku keje, bukan aku punye, nnt bos marah). Macam2 ragam. Hah, baca lah............

So keje jadi waiter, mesti kene layan orang ye tak? Layan orang nih kadang2 pening kepala gak. Bende nak makan, tapi macam2 kerenah. Naek gile gak ngan dowang nih. Korang penah tak minum air jus tembikai? Mesti pernah kan? Normal la kan? Tak pelik pon. Tapi peliknye, pernah ade orang order “tembikai suam, tambah garam sket ye”.. pergh.. mula2 aku macam “err, ape pakcik?” ingatkan salah dengar, tapi bila suara makin kuat, sah la, confem tak silap. Memang dia mintak camtu? Ape boleh wat? Customer always right. Itu encik John slalu pesan..

tambah garam? wadafak?

Bab laen pulak, nasi goreng, simple-senang-kacang je kan? Ape ada hal? Tapi “nasi goreng tak maw minyak, tak maw sayur”?? hah.. klo cari dalam kamus dewan, takpun kamus hidup chef wan ke, pernah ke ade orang menggoreng tak maw pakai minyak? Ekoran order pelik tu, aku plak kene pegi kitchen explain kat tukang masak tu. Punye penin. Nasib baek dia tak mintak nasi goreng tak maw nasi. Lagi parah.. argghhh..

So da jadi trend kan sekarang orang2 bisnes dok lepak kopitiam sambil layan tenet (internet) kan? Fb la, macam2. Kalo yang dok blogging tu pon maybe ade kot. Yela, wifi tauke da bagi free, sambil minum tu leh la guna kan? Tapi ade gak yang kedekut. Order air suam, then mintak password wifi, sumpah kedekut jimat giler. Tu pon order air suam lepas dia check leh connect ke tak tenet kat situ. Hadus.. yang dok berjam2 order 1 gelas kopi, tu leh tahan lagi. Yang rugi bukan aku, tapi tauke aku la.. haha..

Kalo nak cerita, memang banyak giler tragedi (cewah) yang pelik2, yang pening pale, tapi tu la, experience is more worth than money. Even gaji ciput je, tapi at least Allah nak tunjuk, “sok ko jadi keje, jangan jadi macam dorang nih!” heish!

p/s: kadang2 rindu bekerja (rindu dapat gaji actually) =)

01 July 2010

Alkisah pada zaman dahulu kala, kira2 pada zaman pemerintahan maharaja yang tidak mahu dikenali, maka tersebutlah alkisah seorang budak yang artistik, tapi kurang ilmu tentang tumbuh-tumbuhan. Almaklumlah, membesar dalam keadaan yang serba kemodenan. Orang ke madrasah naik kereta lembu, dia sudah pandai membaca A, B, C, sampai habis semua hurufnya.

Tatkala sudah 11 purnama pengajiannya di sekolah, maka tibalah waktu dan ketika yang dinanti2, iaitu tidak lain tidak bukan musim durian musim cuti sekolah. Maka budak tersebut mendapat satu akal untuk menghabiskan cuti sekolahnya dirumah makciknya, di sekitar estet pokok getah. Budak2 seusianya memang tak boleh bekerja lagi. Nak harap ke kedai membeli pisang emas barang sekilo-dua, boleh la.

Kemudian, pada suatu hari, mungkin bukan hari raya agaknya, kerana bulan Ramadan belum menjelma ketika itu, diceritakan kehebatan sebuah pokok, yang mengunakan mekanisme letupan untuk membiakkan anak benih. Budak itu berasa hairan dan takjub. Tak pernah didengarnya buah sedemikian. Yelah, baru berapa tahun je hidup. UPSR pon tak lepas lagi.

pokok tu besar ke, orang tu kecik?

Kemudian dia pun pergi ke tempat yang diura2 urakan. Ditempat itu, memang terbuktilah khabar angin tersebut. Letup2 woo. Hebat. Kemudian diambilnye barang sebiji dua buah tersebut. “Wah.. mempunyai corak seperti batik.. lawa giler.” Itu la yang difikirkanya.. kemudian, dia pun pergi menunjukan buah tersebut kepada makciknya yang sedang duduk2 berehat dirumah menonton sinetron..

“cu, tengoklah buah ini.. sungguh berseni, bercorak seperti kaen batik mama.. lawa woo.. “ makciknya yang tergelak seraya menengking:

“hang ni jakun sungguh na? Buah getah pon hang kata lawa?? Memang tak penah dok kampong hang nih.. heish” kata makcik dia sambil ketawa macam orang kena laughing gas..

Sejak hari tu, aku taw la buah tu nama dia buah biji getah. Ceh.. tapi serius lawa..

"ko dah malukan aku"

Begitu la kisahnye~~

p/s: jgn salahkan aku.. cikgu tak pernah ajar pon. mane aku nak taw....

MySpace

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails