nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

01 July 2010

Alkisah Si Buah Yang Cantik

Alkisah pada zaman dahulu kala, kira2 pada zaman pemerintahan maharaja yang tidak mahu dikenali, maka tersebutlah alkisah seorang budak yang artistik, tapi kurang ilmu tentang tumbuh-tumbuhan. Almaklumlah, membesar dalam keadaan yang serba kemodenan. Orang ke madrasah naik kereta lembu, dia sudah pandai membaca A, B, C, sampai habis semua hurufnya.

Tatkala sudah 11 purnama pengajiannya di sekolah, maka tibalah waktu dan ketika yang dinanti2, iaitu tidak lain tidak bukan musim durian musim cuti sekolah. Maka budak tersebut mendapat satu akal untuk menghabiskan cuti sekolahnya dirumah makciknya, di sekitar estet pokok getah. Budak2 seusianya memang tak boleh bekerja lagi. Nak harap ke kedai membeli pisang emas barang sekilo-dua, boleh la.

Kemudian, pada suatu hari, mungkin bukan hari raya agaknya, kerana bulan Ramadan belum menjelma ketika itu, diceritakan kehebatan sebuah pokok, yang mengunakan mekanisme letupan untuk membiakkan anak benih. Budak itu berasa hairan dan takjub. Tak pernah didengarnya buah sedemikian. Yelah, baru berapa tahun je hidup. UPSR pon tak lepas lagi.

pokok tu besar ke, orang tu kecik?

Kemudian dia pun pergi ke tempat yang diura2 urakan. Ditempat itu, memang terbuktilah khabar angin tersebut. Letup2 woo. Hebat. Kemudian diambilnye barang sebiji dua buah tersebut. “Wah.. mempunyai corak seperti batik.. lawa giler.” Itu la yang difikirkanya.. kemudian, dia pun pergi menunjukan buah tersebut kepada makciknya yang sedang duduk2 berehat dirumah menonton sinetron..

“cu, tengoklah buah ini.. sungguh berseni, bercorak seperti kaen batik mama.. lawa woo.. “ makciknya yang tergelak seraya menengking:

“hang ni jakun sungguh na? Buah getah pon hang kata lawa?? Memang tak penah dok kampong hang nih.. heish” kata makcik dia sambil ketawa macam orang kena laughing gas..

Sejak hari tu, aku taw la buah tu nama dia buah biji getah. Ceh.. tapi serius lawa..

"ko dah malukan aku"

Begitu la kisahnye~~

p/s: jgn salahkan aku.. cikgu tak pernah ajar pon. mane aku nak taw....

MySpace

7 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

farysa said...

ehem
farysa pn baru twu biji getah ni
hehe

mrnoble said...

haha! igtkan ape la tadi :p

DJF CloSet said...

oh.. diri sndri rupanye

afro said...

hehe.. *blushing*

Unknown said...

kekekeh..xsgka kesah benar
xpe2..di mfkan

.::s e n t::. said...

LOL! :D

meh join balik kampong saye aje lah! bole kutip banyak-banyak. then main congkak! mau? keh3,,

ataicha said...

ahaks... tengok biji getah ni.. teringat zaman masa kecik2 dulu.. sanggup masuk getah yg dalam tu.. semata nak cari biji getah yang keras.. sebab dulu lawan getah sape yg paling kerass.. huhuhuh

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails