nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

Showing posts with label kelakar. Show all posts
Showing posts with label kelakar. Show all posts

20 March 2011

shop.ilovetypography.com
aku ade twiter tapi x active.. mungkin twitter utk org femes ames je..

07 August 2010

Mungkin ada antara kita yang ada kembar kan? Kadang2 aku tengok kembar nih, cambest je. Tambah2 yang kamceng2. Lagi best kalo pakat 2org nak kene kan org, yela, muke sama, time tu la best prank orang. Lagi2 time baru kenal kan?
nakula &sadewa
Kembar 2 tu normal rasenye, kembar 3, so far aku baru pernah jumpe sekali tapi tak tengok depan mata la, juz dengar dari kawan aku je, time aku kat matrix gopeng dulu. Tapi aku tengok triplets tu takde la muke same sangat. Maybe kembar tak seiras kot.

Time aku kat mrsm dulu pon, ade kembar gak, laki. Tapi dorang ni antara kembar yang agak pelik aku pernah jumpe, sebab dorang tak sekepala. Perangai lain2. Kdang kelakar tengok dorang. And selalu la kene bahan sebab ke-kembar-an dorang nih. Ade panggil mitosis-meiosis la, mesin fotostat la, macam2 sekarang da terpisah da dorang, sorang pergi Russia, sorang kat Malaysia.

Aku takde kembar pon, and dalam family aku pon takde kembar. Tapi, korang pernah dengar tak yang kat dunia ni ade 7 orang muka sama? Tapi macam pelik je. Aku tak brape percaya, tapi tak mustahil, coz kuasa Allah macam2 boleh jadi kan?

Berdasarkan pengalaman aku, time aku darjah6, time tu kene wat ic la. Fuh, best kot. Tu kira stage1 la nak jadi dewasa. Biasa la, otak budak kecik. Korang pon mesti sama je macam aku time kecik2 dulu.
Then, da siap dapat surat yang kata ic da siap, aku pon pergi la dengan bapak aku, kat Plaza Masalam kat Shah Alam tu. then macam biasa la, amek number, tunggu, tunggu, tunggu sampai nombor naik. Tapi bukan nombor ekor.

Da sampai turn aku, so aku and bapak aku pon pergi la ke kaunter untuk amek ic tu. then time nak scan fingerprint untuk ic tu, tiba2 tak match plak. Aku mula2 tak kesah sangat, biasa kot. Then da lama2 scan, still tak leh, kejap jari kiri, kejap jari kanan, sampai da berpeluh da aku. Budak2 lagi. Cuak kot. Mane taw pasni tak leh jadi orang Malaysia ke sebab takde ic, ha, tak ke payah. Takkan nk jadi pendatang kot.
Makcik yang jga kaunter tu pon agak pelik nape tak matching fingerprint aku. Dia tengok nama, tengok muka. Sama. Tengok muka, tengok nama, sama jugak.  Then dia start Tanya birthday aku. Try bandingkan dengan pangkal ic aku. Smae gak. Aish, pelik. Macam2 aku kene soal siasat, nama bapak, tempat lahir, semua match je. Cuma dia Tanya aku pakai baju ape je aku tak leh jawab. Lupa. Kecik2 banyak makan semut.

Then lastly baru dia tanya alamat rumah. Fuh. Patut la tak matching. Salah orang rupenye. Memang sah2 la fingerprint tak serupa.

Tapi, yang peliknye nama penuh siap dengan nama bapak aku sama, birthday and tempat lahir sama, muka pon hampir sama, da macam kembar la pulak. Then lepas da dapat ic tu, lega aku. Bapak aku da gelak2 da. Tak sangka ada kes macam ni.

Kalau betul la ada 7orang maybe aku da jumpe sorang..  Anda bila lagi?

08 July 2010

Benda ni berlaku pada malam semalam. Kira2 dalam pukul 11. Aku ngan budak2 nih baru je blek dari umah member, melawat apartmen lama. Pergh, da jadi macam cyber cafe da blek dorang, siap router. Budak2 foundy siap pkai lagi dorang punye line wifi. Tapi tu bukan bende yang aku nak cerita nih..

spidersquirell v2.0

Cerita camni, plan nak pegi fifteen la, nak pegi tengok bola la konon2. Spain vs german. En.paul da ramal awal2 spain menang. Tak taw betol plak. Ahh, semua tu setan. So plan2 dalam kol2 tu nak gerak la. Kitorang pon balek la dulu kat apartmen cendi yang tak berapa indah tu. Serius tak indah.

Da sampai bilik, online la keje, 1st week, tak kan da nak bukak buku kan? Buku pon takde lagi. Da la petang tadi kene kencing ngan budak foundy yang baru masuk. Ye ye je kate nak beli 2nd hand text book dari aku. Dalam palahotak aku da kira2 da, nak bicmac , pastu g beli baju cket, lagi ape ek? so letak la rm100, untuk 3 buku. Aku beli rm180, so leh la kan? Barang 2nd. Sekali leh plak dia mintak kurang. Kurang ajar pendidikan btol. Then mintak postpone. Aku agak macam tak jadi je. Tak pe, cari customer laen. Sape2 nak beli leh contact aku ye, uniten sahaja.. sekian..

aku tolak rm50, percuma kesan seni lukisan

dan nota2 yg tak berkaitan

So tengah online, time tu sunyi je. Hausmet aku sume tah kemana pergi. Da la panas. Ade ke patut design umah camtu? Kipas siling letak tempat laen, meja study letak tempat len. Tak pe r, da tak de keje, layan saje. Pasni kene angkat berukband jugak, leh online dalam bilik. Confem tak sentuh buku. Takpe, degree 4taun.....

Then tiba2, jeng jeng jeng..

Aku time tu nak bukak page nuffnang, nak cek la pape yang patut. Yela, dah takde bende nak buat. Tiba2 skreen jadi hitam. Blank. Gelap.

ahh.. apesal nih?







Arhh... Aku tak on suis rupenye.. arh, tido r.. takmaw tengok bola.. zzzzzzzz

MySpace

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails