nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

29 August 2010

SIRI CERTOT: Raya Si Zidan PART1

“Pesal awal sangat ko beli tiket? Awal lagi kot. Bulan depan baru puasa. 2bulan lagi nak raya.”
“Saje. Pasni ngan exam semua. Takot busy pulak. Sem nih aku nak target cgpa 4.00 tepat. Tak lebih, tak kurang. Keh keh keh”

Cewah. Bukan main lagi jawapan. Macam la selama ni dia rajin sangat study. Kelas pon harap member yang signkan. Assignment? Jangan Tanya la. Segan aku nak cerita. Korang pon paham.

“Tapi pesal ko beli 2 tiket? Balik ngan awek ha?” Jamal bersuara lagi. Cam la tak taw yang member dia ni tak pernah ber-awek. 

“Tak, ni precaution tawu? Mane taw nanti tiket aku satu hilang ke, ade lagi satu spare. And time emergency nanti leh la aku jual kat sape2 yang nak balik jb. Haa.. bijak x?” jawapan Zidan padat dan tepat. Seolah2 nak bagitaw kat Jamal yang dia tu la planner paling bagus.

Tu la Zidan. Student tahun kedua kat sebuah universiti yang dirahsiakan. Asal dari jb, johor. Nama dia memang unik, macam player bola. Tapi actually nama dia tak de kaitan pon dengan Zinedine Zidane. Tapi adalah gabungan nama mak dia ngan bapak dia. Ziana and Rashdan. Sweet gitu. Tah macam mana boleh terkena dengan Zidane pulak, so atok dia yang memang kipas-susah-mati Zidane tu terus je setuju. Begitu la kisahnye....

Sebelum berbuka lagi dia da ready da kat pudu tu. berbuka kat sana. Beg pon sempoi je. Bawak laptop je seketul. Baju spender semua da memang ada stok kat kampong. And kadang2 baju seluar dia rembat je adik dia punye. Badan da lebih kurang.

“Allah Hu Akhbar, Allah Hu Akhbar..”
Da azan da. Si Zidan ni pon da parking siap da kat Kari Kambing Maju. Restoran yang maju dengan kari kambing, kate tokey kedai tu la. Tapi kalo tengok takde la maju sangat. Cawangan pon tu satu je. Nasi putih dengan kari kambing dengan air laici, fuhh. Hebad hebad. Ape yang hebad?

Tatkala tiba saat makanan hampir tepu di bahgian bawah abdomen, si Zidan pon nak membayar la juadah berbuka tu. Tak termasuk kurma. Sebab kurma free je tokey cakap. Alhamdulillah. Tiba-tiba..

“Aiseh, mane pulak wallet aku nih. Tadi ade.” Dirabanya poket belakang, walletnye tiada disitu.
“Poket tepi kot.” Sama jugak. Takde. “Shhhh..” Zidan tak jadi mencarut. Bulan puasa la katakan.
“Dalam beg confem takde jugak, tak pe la cek jugak.” Kata Zidan ingin menyedapkan hatinya yang gundah gulana. Lepas 10saat hatinya tenang, hatinya kembali berdegup kencang. Kali ni tak dapat nak tahan perkataan mencarut tu.

“Ni tak lain tak bukan, aku da jadi mangsa pickpocket nih. Hadus. Time sendat2 dalam ktm pon leh dorang wat keje. Celake.” Kata Zidan menyesal. Selama ni dia tak percaya betapa hebatnya pickpocket. Dia ingat receptor kat bontot dia tu sharp sangat la. Sedikit pergerakan pon dia leh rasa. Sensitip gitu.

Zidan semakin buntu. Kari kambing da habis. Nasik pon da habis. Duit takde, kari kambing tu  harga bukan macam ayam. Bukan main mahal lagi.
“Nak cabut ke, nak jujur? Kang jujur kang, tak balik plak aku, kene basuh pinggan.”

Mentol yang datang tiap kali idea menjelma tidak muncul-muncul. Kartun tipu rupenye. Lepas berfikir ape yang patut dibuat, zizan akhirnya mendapat satu akal. Dia mengendong satu-satunya beg laptop yang dibawanye dan perlahan-lahan bergerak ke singki, mencuci tangan, walaupon tadi dia makan dengan sudu. Selesai membasuh tangan, dia terus cabut sambil mengushar kot2 ade orang perasan yang dia makan tak bayar. Jalan lagak seperti tak ada apa2 yang berlaku. Tapi dalam hati, huh.

“lepas ni, aku datang balik kedai nih, aku bayar nalik ape yang aku makan.”

Zidan berazam untuk kembali semula. Waktu tu dah berduit. Kalo tokey tu mintak double pon dia bayar gak. Yela, da memang salah dia. Kang kalo jadi darah daging haram, ha.. taw2 la.

“Jamal, tolong aku weh, wallet aku kena seluk time dalam ktm.”
“Yeke, camne leh kene seluk nih? Ko tak perasan ke?”
“Aku tak perasan la, tah macam mana tah. Da macam sardin taw tak tadi dalam ktm, ngan bau bangla lagi.“
“Hmmm, tapi hari tu ko beli dua kan? Satu lagi ko simpan mane? Nak aku amekkan?”
Dorang serumah, so kalo si Zidan ni tinggal kat rumah, boleh la si Jamal tolong amek.
“Tu la masalahnye sekarang, dua2 tiket aku dalam wallet tu.“
Jamal terbatuk je. Batuk betul-betul. Dia rasa segan nak gelak.



Bersambung...
**certot=cerita kontot**

5 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

mrnoble said...

haha! igtkan dia balik singapore :p

ok, aku tunggu sambungan cite :D

SnowladieS said...

haha kwn awk sesuai ngn kwn kte ske bli tiket awl sgt ..dala jb jugak haha

Cikbelog said...

haha cepat2 sambung..tak sabar nak tahu nieh.

Gen Fujita said...

hehehe menarik, menarik cerita ni

Anonymous said...

cept2 sambung...cian zidan...xpe2..lau xdpt blik jb...meh2 blik melaka...ahaks

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails