nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

15 September 2010

Raya Dulu, Raya Sekarang, Raya Akan Datang?


Hari raya, time tu la time nak hentam makan puas2, segala macam benda yang boleh dimakan nak dibaham, lagi2 time 1st day raya tu. ye la, da sebulan lapa je. Tu pon kalo puasa penoh. Kalo puasa pon kantoi, jawab sendiri la.


Time hari raya kecik2 dulu mesti benda nombor 1 dalam kepala hotak mesti duit raya. Pose penoh claim kt bapak duit, tolong buat kuih claim kat mak duit, balek kampong, tolong kemas rumah claim lagi kat tokwan. Time raya plak, datang beraya konvoi dengan sepupu sepapat. Songkok takde saiz, kadang2 besar je. Jalan. Datang beraya bukan nak makan sangat pon. Korang pon paham la. Nak duit je. Da lepas beraya, ajak la bapak dengan sepupu semua pegi desto ke, fajar ke, pakat beli kete control. Nanti batri da habis, senyap la semua. Duit da takde nak beli bateri. Time tu la rasa menyesal.


Kalo dapat duit raya banyak kat rumah tu, fuh, sampai bila2 ingat rumah tu. tak sabar plak nak tunggu raya taun depan. Siap ingat lagi nak pegi rumah tu dulu next year, tapi kalo da dapat sikit, heh, mula la macam2. Dulu time aku kecik2, tah umor brapa tah. Zaman matematik tak cekap lagi. Pegi beraya kt 1rumah nih, dulu duit raya 20sen pon layan je. Tp kat rumah nenek tu, dia cakap sapa nak duit raya 20sen, kena bagi duit seposen kat dia, kalo tak dapat 10sen. Aku pon tak taw sangat pe maksud tersirat dia. Nampak 20sen macam hebat je kan? Macam bonus la katakana. Ko dapat 10sen, aku dapat 20sen. Sape tak nak kan? Layan...


Da besar sikit nih, zaman remaja jiwang karat, time raya ni la nak jumpe geng2 ponteng kelas dulu, time ni gak la nak gatal2 pergi raya umah awek yang dulu bukan main admired giler, tapi bila taw dak tu kapel ngan anak orang kaya, mula kecut perut. Duit raya tak kesah sangat. Tapi kalo hulur sambut gak. Baik punye senyum. Dari pagi sampai petang confem penuh perut pegi open house segala. So petang terus pegi joli income tu kat cybercafé. So tak rugi ape la sangat. Duit dalam poket tak berkurang, tak bertambah.

Nanti pulak, da kerja, da kawin, tah macam mana la pulak beraya? Bagi korang korang korang yang da rasa 1syawal kat tempat kerja, takpon dok kat ofis meeting, korang taw la kot. Bagi aku yang still tekedek2 ni, tah macamana la pulak kan? Pape pon, redah jela, life must be fun.
p/s: tahun ni duit raya aku RM52..

5 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

xfatynx said...

hihi raya sekarang dah tak best mcm raya dulu kan kan.

Mr Noble said...

tahun ni 1st time aku beraya sebagai bapak. since anak kecik lagi, time makan tu kene gilir2 jaga anak dgn bini la :p

pasni ko nak keje TNB ke?

paan sabri said...

#xfatynx:haah, da tak best mcm dulu2..

#mr.noble: pasni contract ngn tnb la 7taun!!! lame gler..

Ipan said...

perrggh..aku dapat duet raye 45 rengget je..

paan sabri said...

haha.. loser la wei ko ipan..

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails