“Hah, da sampai pon train nih.”
Sebuah gerabak tiba di stesen tu, kali ni tak sendat macam hari2 yang biasa. Kelihatan cerah, secerah harapan si Zidan nak balik raya.
Sebelum memulakan langkah, Zidan perhati dulu orang-orang yang berpakaian uniform KTM, mane taw nanti kantoi ke kan? Dia atur strategi baek punye. Nanti da masok, terus cari jamban. Menyorok dalam tu. so agak2 da lepas semua orang check ticket, baru la dia keluar kan? Bajet tak kantoi la camtu??
Pelahan2 train berhenti. Orang berpusu-pusu masuk. Beg besar-besar. Tak tengok dalam pon da taw dalam tu mesti ade baju raya, ade langsir, lagi ape ek? Hmm ketupat rendang? Tapi Zidan tengok je dari jauh. Selepas 10minit, train tu kembali tenang. Pintu train terbuka luas, takde lagi mat bangla yang dok angkat tangan macam hari-hari yang lain. masuk train je bau.
Zidan perlahan-lahan berjalan ke train tu. destinasi pertama, jamban. Bergerak la dia sepantas kilat yang pantas. Takot nanti ada orang pulak dalam tu. habis rosak plan dia. Handphone ingin di matikan, atau setidak-tidaknya dalam silent mode. Baru Zidan pegang handphone, bateri serta merta habis. Itu la kelemahan handphone yang berskrin besar seperti nokia 5800. Cepat betul habis battery.
“Brape lama la agaknya aku nak bertapa dalam ni?”
Tidak berapa lama selepas itu, dengan gerak hati yang kuat mengatakan telah selamat keadaan di luar sana, maka Zidan pon keluar ke bahagian tempat duduk.
Seorang pakcik dlam linkungan 40 tahun, berambut sedikit beruban, berkaca mata hitam walaupon ketika waktu malam dan berjubah putih melihat Zidan sambil tersenyum.
Zidan berasa tidak selesa diperhati. Dia tidak mahu kantoi dalam ekspedisi itu. Tidak lama kemudian, pakcik berjubah itu menegur Zidan............
“Balik mana ni dik?”
“Erk, balik jb pakcik. Balik raya. Pakcik balik mana?”
Orang tua itu terkedu. Selang beberapa saat kemudian baru dia membalas,
“Pakcik balik ipoh.”
Kedua-kedua mereka senyap.
“Erk, tumpang Tanya pakcik, train ni, menghala kemana?”
“Train ni nak pergi ipoh dik.”
Zidan senyap. Dia tahu dia sudah tersilap train. Dia juga tahu dia tidak akan beraya di jb pada tahun ini.
2 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:
haha! lawaknya!
selamat hari raya aidilfitri!
sape suruh menipu ..
hah! ambik ... utara perginya ...
hahaha! good story! :)
Post a Comment