nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

14 September 2010

Ucapan Raya Yang Terlewat 5 Hari

Tahun ni masuk tahun ke 19 aku sambut hari raya kat muka bumi ni. Selama 19 kali nih, macam2 dah jadi. Tapi so far, tahun ni raya agak sedih la. Selain ketiadaan internet yang seperti oxygen kat aku baru2 ni, benda2 lain pon banyak terjadi gak.

Tapi sebelum tu, rasanya belum terlewat lagi kot untuk aku mengucap, bukan mengucap dua kalimah syahadah seperti orang yang da nak pergi, tapi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Yela, hidup berblogging ni tak lekang dari salah dan silap. Kadang2 terlebey tulis, terbakar je hari tu kan? Kalo tak takkan ada blogger yang kene “masuk dalam”. Tu la, tulis tak ingat dunia, takde cop halal JAKIM.
 28ramadhan, nenek aku yang belah bapak aku meninggal kat kedah, pukul 6.15pm camtu. Hari rabu tu, memang da plan nak balik, tapi plan nak balik perak, macam selalu, tapi terpaksa tukar plan, lajak ke kedah terus. Dekat 10jam gak la dok dalam kete, dari rumah nak ke kampong. Sumpah penat giler.

Kadang2 kematian ni kita xjangka bila nak jadi, so, renung2kan lah. Kesian dan takziah jugak kepada keluarga sosilawati.
p/s: kekok plak dgn blog sendiri.. lama tak on9.

3 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

zulkbo said...

salam Aidilfitri Paan..
maaf jika ada tersalah mahupun
terkasar bahasa..simpati atas pemergian nenek anda..moga rohnya di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..Al-Fatihah...

Mr Noble said...

time smayang pon ada mengucap dua kalimah syahadah & time2 lain jugak :p
Kalo tak takkan ada blogger yang kene "masuk dalam" <-- apa maksud ni?
takziah kat ko sebab nenek meninggal. al-fatehah..

paan sabri said...

#zulkbo:tenkiu.. slmat hari raya..

#mr.noble:masuk dalam, masuk lokap la.. dok mgutuk orang je keje..

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails