nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

08 September 2010

SIRI CERTOT: Raya Si Zidan PART2

“So macamana sekarang? Aku memang takleh nak tolong ko la, aku da sampai kat kampong nih.”

“Hermm, camne ek, tak kan aku nak beraya kat sini kot. Tiket confem da.......” TUUUUTTTTT
Aiseh. Kredit habis. Begitu la lumrah menjadi pengguna henpon. Kadang2 time penoh je kredit, rasa tak taw nak buat ape. Time camni pulak dia habis. Zidan semakin buntu. Rasa macam nak menjerit je puas-puas. Tapi bila pikir yang jerit tu bukan boleh bagi tiket kat dia, dia akur. Senyap.

Baru rasa menyesap timbul dalam diri. Selama ni dia la orang paling bijak. Beli 2 tiket raya, siap ada spare lagi. Kat rumah tiket tu simpan kat tempat lain-lain. satu dalam almari, satu dalam laci. Nak letak sekali takot hilang. Tapi bila nak on the way ke stesen, dia letak sekali la dalam wallet. Ingat da Berjaya jaga tiket tu tanpa hilang. Time tu la time dia nak jual tiket tu. letak harga mahal-mahal sikit. Double ke, triple ke. Mesti ada orang beli. Then time tu pulak kene seluk saku.

Balik kampong!! Woo woo woo balik kampong!

Bunyi ringtone baru. Baru tadi je dia tukar. Mood raya la katakan. Tapi sekarag dia rasa ringtone lagu raya sudirman tu seolah-olah mengejek dia pulak. Kesian kau Zidan. Macam tak jadi je ko beraya kat kampong. Si Jamal rupenye yang call. Bagus punye kawan.

“Hello, camne sekarang?”

“Ala pon tak taw la camne. Nak beli tiket confem dah takde. Duit pon sesen aku takde.” Kate Zidan sambil 
menipu. Tadi dia beli tiket ktm ade lagi baki 30sen dalam poket dia. Mungkin dia tak perasan kot.
“Ko mengemis la, sorok tangan dalam baju.”  Cadang si Jamal. Kawan yang baik memang macam ni. Time orang susah, time tu la dia ada bakat nak buat lawak.

“Jangan sampai aku mencarut...”
“Hehe, oke-oke, aku ada plan, tapi tak taw la ko nak ke tak.”
“Camne plan ko? Jangan suruh aku buat roket pakai mercun. Aku bakar motor ko kang.”
“Tak, macam ni, ko pergi naik keretaapi la. Naik senyap-senyap. Dulu time aku kat asrama, dak2 pantai timur selalu wat camtu. Kalo kantoi, kene denda tapi denda tu lagi murah dari tiket bas. So dorang still tak rugi. Paham?”

“Kalo aku kantoi and kene denda, mati la, aku takde duit nih. Mykad pon takde.” Baru aku ingat. Ha.. Zidan pon takde mykad. Keh keh keh. Muka jawa, so jangan marah kalau orang salah sangka.
“tu jela aku leh tolong. Pape hal aku call balik. Elok-elok, jangan sampai kantoi.”

Tuuttt..
“Eh, da letak da?” Zidan frust. Baru nak mintak si Jamal belanja topup.
“Kalo nak naik tren, mesti kena ada duit, kang camne nak lepas kt ktm?”

Zidan pon check beg laptop dia, mana taw terselit seringgit dua. Habis semua zip dia try bukak, akhirnya...
“Ahh.. jumpe pon. Alhamdulillah.” Sambil memegang duit kertas RM5. Orang da pakai duit plastik. Dah brape lama agaknya duit tu dalam beg ko Zidan. Dan-dan je jumpa. Pandai Paan kelentong korang.


Tanpa berkata apa-apa kerana tiada sesiapa yang mahu bercakap dengan Zidan, dia pon bergerak ke stesen Hang Tuah. Dari sana nanti dia nak pergi terus ke klsentral. Kalo nak jalan kaki macam jauh la pulak.
Jam tepat menunjukan pukul10.14 malam. Zidan baru selesai solat isyak kat surau berhampiran. Baru dia teringat yang maghrib dia tadi burn macam tu je.

Kelihatan ramai orang di sebelah platform sana. Bawak beg besar2 je masing2. Ni confem nak balik kampong jugak nih. Kelebihan la kepada si Zidan nih. Bawak beg kecik je. Senang nak menyelit, dan senang gak nak lari kalau ada apa-apa hal nanti, yela, orang dalam pelarian.

Tanpa berlengah lagi Zidan ke platform yang sebelah lagi, sambil bersama-sama mereka menunggu ketibaan keretapi.

“Ni orang ramai-ramai ni mesti train da nak sampai ni. Nasib baek aku sempat.”

Bersambung.....

2 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

Ezao' Edogawa said...

lepas tu ...? hehe
zidan kena tangkap .. hehehe!

mrnoble said...

laa.. sambung lagi? takpe la aku tunggu :D

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails