nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

25 August 2010

Alkisah Undi-Mengundi

Tengah sedap2 dok online hari tu, tiba-tiba berbunyi plak emel aku. Ketung!(lebih kurang la bunyi) dari ym aku. Owh. Emel uniten lagi. Selalu aku tak layan sangat emel UNITEN hantar. Da lama baru baca. Kadang2 bende da lepas aku baru taw. Nama je orang zaman siber. Tapi bende kat uni sendiri pon tak amek kesah. Sila jangan contohi saya. Hari tu pon sama. Aku tak layan emel tu.

Then da dengar-dengar cerita dari penduduk setempat, maksud aku manusia. Bende lain tu ade jugak kadang2 berbunyi. Biar je. Rupa-rupanya da tiba musim mengundi! Jeng jeng jeng.

“heih, jadi gak dak2 uniten nih nak mengundi ek? Taun lepas menang tanpa bertanding.”

Tu je yang terkeluar dari mulut aku. Agak kelakar bila sapa yang apply untuk jadi MPP taun lepas, dia la dapat jadi MPP terus. Tak payah penin2. Tapi tu la realitinya taun lepas. Da memang rezeki korang nak jadi MPP agaknya.


Check2 emel, da ready da dia letak tempat2 mengundi semua. Sebelum nih aku pernah gak mengundi. 2kali. Tapi kat MRSM la. Kan dulu2 kita vote student paling hot? Eh silap. Vote untuk calon BWP, badan wakil pelajar. Ingat x? (sila angguk 3x).

Dan proses membuang undi pon berlansung dengan jayanya siang tadi. Kenapa buang undi ek? Muskil2. Bab bahasa memang meng-ge-li-ru-kan aku. Sebut betul2 oke.

Nak dijadikan cerita, mengundi kat mrsm dulu sangat2 la havoc bagi aku. Sebabnye, ade proses2 semua. And yang jadi calon pon member2 gak. Tapi takde la nak gadoh2. Kalo aku, bab nak jadi badan kepimpinan nih lemah sikit. And time tu memang tak layak pon. Pointer tak cukup. 3.5 baru la lepas.

Untuk 2taun aku kat mrsm, tak pernah pergi lagi time dorang dok manifesto. 2tahun kat sane, 2x jugak la aku ponteng. Aku pon tak ingat nape aku ponteng. Sebab tak wajib datang kot. Tah tak ingat. So tak leh nak cerita sangat la. Tapi ape yang dapat dilihat ialah bila ada trademark yang pelik2 lekat kat dorang. Memang kelakar. Biro makanan MRSM TGB time tu, fazrul time manifesto mempromote diri dia dengan mengatakan “saya best. Kenapa anda perlu undi saya? Sebab saya best”. And sampai bila2 la nama dia lekat jadi Fazrul Best. Seingat aku la. Kalo salah, hehe. Senyap jela. 

Untuk mengundi plak, senang je, sebab budak2 SPR akan datang ke kelas. Bawak kertas A4 yang ada muka sorang2 calon. Tak payah beratur macam tadi. Time beratur tadi siap ada budak Tanya lagi, “nak mengundi kena bayar tak?” adoi. Aku rasa serba salah nak gelak.

credit to: raifana

And time mengundi tu, biasanya tak kenal sangat calon2 tu. so yang laki2 nih mula la vote yang cun2. Orang suruh cari calon BWP, dorang dok bincang macam cari miss universe, atau dalam BM “Cik Alam Semesta”. Yang pompuan tak taw la pulak. Tapi tak caya la aku kalo dorang tak pernah terfikir camtu... kan kan kan?
Time mengundi pulak, bende yang selalu jadi ialah budak2 form5 akan suka buat undi rosak. Yela, calon semua budak junior, form4. So kitorang yang da senja kat maktab tu pon cam da tak amek port sangat la. Undi rosak pulak memang namapk sangat sengaja buat. Orang pangkah dalam kotak, dia tick, macam lambing nike tu. kang tulis rait korang tak paham plak. Haha.. rait? Sengal. Asal bunyi sedah ye john.
"rait" je yop
Selain tu, ade jugak yang mengomen kat ruang nak pangkah tu. macam2 komen. Suka2hati je nak komen. Misai ngan jambang yang ditambah2 tu takyah cakap la. Confem ada punye. Siap pakai artline lagi. Sah2 la Nampak real kan? Macam mr.potato.
keh keh keh

Begitu la perangai time sekolah2 dulu. Aku tau ni bukan sebab aku buat, tapi sebab yang buat ni member2 aku jugak. So tak heran la peratus undi rosak time tinggi giler time batch aku form5. Kalo ade mantan BWP yang baca entry aku nih, hehe. Ni la pandangan orang bawah. Tapi BWP batch aku sangat2 bagus dalam melaksanankan tugas. Bukan nak bodek, tapi... tapi... er.... eh, ade orang belakang ko!.

Hari ni punye kertas undi leh tulis nombor je. Takbest!. And ade pak guard jaga lagi. 

"Saya sudah mengundi. 
Anda bila lagi??"

3 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

mrnoble said...

aku tak penah pon mengundi masa blaja kat u dulu.
tp aku dah 2x mengundi dlm pilihanraya umum :D

Anonymous said...

baru sekali mengundi untuk negara

Fatin Aliyya said...

ahaha yg AFUNDI tue x tahan hati aku nk gelak.ngeh2..

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails