nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

26 March 2011

CERITA LEPAS SPM AKU

Apa cerita lepas spm bro? Dapat result sedih, nanges. Dapat result cantik pon nanges. Ah suma tu normal. Bila lagi nak nanges ek? Ok fine aku mengaku aku menangis gak dulu. Haha. So kepada bekas calon spm, tahniah korang dah nak masuk zaman university. Zaman yang penuh dengan benda2 yang korang tak expect. Serius [kot]. Based on experience aku, life dekat uni memang lain sangat dangan time sekolah.

Ok mula dengan episode putih, kemudian jadi hitam dalam hidup aku. Kira nak bagi nasihat jugak la kat korang-korang-korang ni. Aku dulu time result keluar, aku tak pergi sekolah pon nak amek result. Hari kamis time tu. hari jumaat baru aku amek. Sebab die ade 2. No1 sebab parents aku pergi kedah, ada urusan ape tah untuk adik aku dekat sekolah die. Then no2 sebab aku kerja. Shit kan keje kopitiam sume dak lepas spm. Then sume rumah dekat2, pakat nak cuti. Aku yang sekolah jauh la jadi mangsa. Takpe beralah. Sedih gak la tak dapat jumpa classmate sume. Lama kot berpisah lepas spm. Confem dorang ramai yang sunburn sebab pergi plkn. Haha padan muka korang.

Tapi aku still dapat taw result aku. Cuma dari call je. Thanx to hanisah ahmad zaki. Nama dia lepas nama aku je. So leh la tolong skodengkan. Then bila die kol aku, serius aku ingat die tipu aku. Sori walaupon ko baik aku still susah nk caye ape ko cakap. Then aku nanges, ok cukup sampai situ.

Nak dijadikan cerita, dengan result aku tu leh la nak apply mane2, inyaAllah la lepas. Tapi sebab leka, main2 sangat, busy dengan kerja kopitiam yang tak kemana tu, aku lupa nak apply untuk jpa and mara. Gap masa seminggu je dorang bagi untuk apply. Lepas seminggu baru la aku sear. Demm. Takpe2. Nasib baik ade plan B. Aku dah apply scholarship ytn [Yayasan Tenaga Nasional], uitm dengan matrix.

Long story short, aku tak dapat ytn, tapi dapat matrix dengan uitm. Arh. Aku taknak masuk dua2 ni. Dari dulu kot nak masuk uniten. Sejak form4. Kenapa? Sebab rate or hirement uniten’s graduate sangat2 tinggi. Almost 100% dapat kerja lepas grad. And memang betul pon. Then nak taknak, kena decide. Aku masuk matrix gopeng. Time tu memang macam turning point dalam hidup aku. Aku bajet dapat sains fizikal. Leh sambung engine nanti. Sekali dapat sains hayat.
Pic
Boleh je nak tukar kos. Sepanjang perjalanan tu pon aku macam tak sedap ati. Tertanya2 ape kos aku nanti. Ada rasa macam nak tukar medic pon ade. Sekali betul2 dapat sains hayat. Arh. Memang susah nak ubah mindset yang selama ni nak jadi engineer, tiba2 kena jadi doctor. Aku tak suka la bedah2 [bukan ko cik Bedah, hehe]. Bukan takot darah. Tapi macam tak sampai hati. Lagi senang kalo aku kerja dengan machine. Tapi nak buat macamana. Aku still tukar kos jugak.

Sebab ape? Sebab kegagalan aku selama ni. Aku pernah apply SPC MRSM, amek uni dekat aussie, engineering, tak dapat. Apply ytn, engineering, tak dapat. Masok matrix, kene offer medic. Time cuti, dapat 2tawaran medic pergi mesir. Tapi tu suma bisnes. Sape2 pon boleh dapat. Lepas 2minggu dekat sana aku berjaya ubah mindset aku. Time tu aku baru rasa betapa mulianya orang2 yang belajar medic ni. Dorang susah2 belajar, nak score sana sini, 4.0 belum tentu boleh masuk uni sambung medic, dah kerja nanti on call, and ratio doctor to pulic dekat Malaysia sangat2 la sikit. Tapi dorang still nak medic. sebab nak tolong orang. Time tu Allah buka mata aku.
mizi and qawim, classmate aku kat matrix. dorang 2org datang 
tengok aku packing barang last night aku kat sana. serius aku terharu.

Then tah macamana, mungkin Allah nak tunjukkan something kat aku, and dah accomplished, aku dapat call dari ytn, aku dapat scholarship. Alhamdulillah. Mak aku excited sangat. Family aku bukan orang senang. Nak masuk uni, memang nak pakai duit banyak. And aku still ada adik2. Alhamdulillah.

So ape yang aku nak story dekat sini, jangan leka la korang lepas spm. Kalo korang dapat 10A sekalipon, korang takkan dapat scholarship, kalo tak apply, macam aku. Bodoh kan?? Tapi kita kena ingat, tak kira macam mana kita rancang, Allah jugak yang menentukan. Allah dah tunjukan aku hati budak2 medic. Allah dah bagi aku classmate budak medic yang sangat2 rajin. Allah dah tunjukkan aku ade orang lagi susah dari aku, and Allah dah buktikan yang Dia boleh buat apa saja. Suma macam dah tertulis. Hebat kan Allah? Subahanallah.  TRUE STORY.
********************
Attention: kepada para2 readers, aku galakkan korang try apply scholarship ytn, ade dua program, oversea and dalam Negara, dalam uniten. Ni link dia http://yayasan.tnb.com.my/sam/ . based on experience aku, memang best la, paling best sebab korang nanti aka nada kontrak dengan tnb. Bagi aku satu advantage, sebab tak perlu risau pasal kerja lepas grad nanti. Aku kos electrical power. Banyak cos lagi, leh tengok dekat web uniten http://www.uniten.edu.my/newhome/content_list.asp?ContentTypeid=99. Tapi, meter letrik kena pakai topup la. Tu takbest. =)


18 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

Mohd Zulhelmi aka JUL aka JUMI said...

nice .. jgn masuk uniten kalau xdpt schoolar. oppss.

HAHA ..

M Firdaus Mohd said...

hahaha.tak boleh balh cerita kau.nice 1 bro!
bagus gak kan uniten main2 topup letrik. dapat melahirkan insan yg jimatkan elektrik satu masa nnt!bwahaha! :D

Orang Kampung said...

best best entri ni..
betul tu kata hang,jgn kalut ng kerja tu, selesaikan yg pnting tu dlu..

mie said...

bagus untuk lepasan spm..
yang penting buat pilihan yang tepat..
eheheee

afro said...

@jumi, betul2.. dapat pinjaman pon jadi le..

afro said...

@firdaus,makin kedekut la kitorang pas grad nnt. papehal sume nk catu..

afro said...

@orang kampung, betul tu. serius menyesal sekarang.

afro said...

@mie,redha je Allah letak kita dekat mana. yang penting kena usaha.

najihahfara said...

ko memang sengal kan...ceh

afro said...

lol.. lupe nk mention nama ko.. haha

najihahfara said...

paan gile..oit..tuka entry aku la...

Azwa Mohamad said...

sedih pulak aku baca kesah ko nie Paan.... :(

SnowladieS said...

haaa so amik medic ke? gudluck!

cik chopu said...

haih, dulu before spm ingatkan spm tu susah. rupanya life lepas spm lagi la tahap gaban punya susah. haih pening.

hana said...

bagus2..
saye layak dapat jpa aje..
tp kalo teringat kenangan amek result exam mmg lawak la..
result gempak pn nak nanges..muahaha..
masa spm mmg malu la nk amek result coz muke gelap aje pas balek plkn..
haha

vampire's lovex said...

so skg ko kos ape???



patho?

Cikwani said...

skrg ni paan kos apa?? medic / kat uniten?

err.. ape 'meter letrik kena pakai topup' ?? haha.. xpaham.. **Blur gila**

Musthakim Mahadi said...

owh paan xsgke jadi blogger famous skg..terharu baca post nie...papepun semoga sukses dalam kehidupan..salam blogging!

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails