nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

01 March 2011

Meter Top-Up Elektrik Di Uniten Buat Student Happy?

Dulu..

"Yo bro, wassup2?
assignment dah siap?
Camne dgn projek? Next week present doooowh..
Wei malam ni shisha jom.
Dota..  dota...

Ni antara ayat2 lama yang warga uniten guna untuk menyapa member2 kalo terselisih ke kelas. Kalo member la, kalo tak member aku engok semua macam kerek je. Serius. Kadang2 dah taw ape jawapan orang yang kita nak tanye tu, tapi biasa la, budi bahasa. Janji tegur ye tak? Macam aku selalu orang tanye, lagi2 pompuan la, “paan, bila nak kawen?”. Ok. Yang last tu aku reka je.

Lepas dari hari isnin hari tak silap aku, satu disaster telah melanda warga uniten puaka pusaka tersayang ni. Ape lagi kalo bukan pasal meter elektrik. Fuh bukan main berkira ye encik uniten ni. Dah yuran apartmen naik, letak meter lagi. Meter plak boleh topup2. So lepas ni budaya “ bergelap-secara-tiba-tiba-sebab-topup-abes akan menjadi pengalaman baru kepada student uniten. Serius aku rasa macam special sangat experience ni. Ok fine, aku da ade point nak letak dalam resume nanti. “Work in darkness”.

Ok cerita sikit bab meter ni. Cara dia macam dalam post lama ni bila topup dah habis korang pergi beli dekat admin, then masok smartcard kot, jolok2 bagi naik balik topup. So untuk permulaan dorang dah bagi rm40 untuk semua rumah. Kalau topup henpon best kot. Tapi topup elektrik rumah, fuh, abes gitu je. FYI, kadar yang dorang guna ni agak mahal la. Iaitu lebih kurang RM0.40 BAGI SETIAP 1KILOWATT. Kaya kan kitorang?

ni tariff untuk meter biasa kat rumah. kitorang punye 40sen dude!

Banyak lagi caca marba yang berlaku di uniten sekalian kalinya, dulu dorang naikkan sewa rumah dari 260 kepada 280. Then xsampai 1tahun dorang nak naik lagi kepada 300. Fuh kayak an kitorang?

So bayangkan kalau korang macam aku, dapat hausemate yang agak kotor, then dengan bising giler, tu takpe lagi, then dengan bawak aparatus2 orang dah dok umah kat luar macam tv and peti ais lagi, siap dgn bawak member (squatting) so dah jadi 5orang dah rumah aku. Yang sorang lagi tu ade 2 lcd computer dalam bilik die. On je 24hours. Best kot hausmate dengan dorang. Xpe2. Nanti aku report. Hahahahahaha.

The best part is, MPP Nampak macam bergaya je goyang kaki. Ok malas komen lebih2. Kadang2 serius aku jeles tengok uni lain punye rancak pilihanraya dorang, kat uniten, alah.. heish.

So aku dan geng2 dah mula dah cari rumah sewa. inyaAllah nanti duduk dengan senior2 budak silat, dash n wazer. Tapi tak sure lagi. Dalam minggu ni dorang konfemkan.Dari benda macam ni pon, macam2 idea budak2 ni. Biasa la, engineer kot..



Ok la, tak nak la guna letrik lama2. Membazir kot. Sekarang baki topup aku tinggal RM33.40. huish sempat ke meneruskan sisa2 hidup sehingga final?

10 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

[sutera kasih] said...

isk3..susah la cmtu kalo nk top-up pulak..kalo masa ada duit xpe gak..kalo xde??hahhh..begelap

Unknown said...

rm40 bil api kat umah akak sebulan..
kat umah ada microwave..
ada peti sejuk..
basuh baju guna mesin hari2..
laptop lebih dari 4 jam sehari..
kipas angin 24 jam tanpa henti..

Siti Nurhayati Dollah said...

Macam cepat je naik meter tu. Kat rumah pun tak der sampai macam tu.

Peikko Kasvot said...

pergh. ini betul punya berkempen nak jimat elektrik. haha

Unknown said...

adoii...peliknya..btol2 menguji jiwa dan raga..hm, samada dia nak ajar student utk energy saving ataupon nak kaut untung lebih2..mana satu agaknya..


Tahniah Avatar Kerana Menang Anugerah Filem Terburuk. Kuikui..

afro said...

tapi akak, tariff kat rumah akak tu murah lagi, kitorang punye pakai industrial punye tariff..

Tieah Madian said...

Perghhh..
Tido bukak baju lah, takyah guna kipas.. *Lampu takyah guna
Hahahaha..
Mmg payah lah nak bw ek??????????????
Kena jimat elektrik..



Entry Terbaru : Usianya Sudah 59 Tahun

fathiah said...

hahahahaha... selamat bergembira paan di sana :)

A Fans of Lee Family said...

erkk...
sabow je la yek..
klu topupnye dah abis..
selamat bergelap la yek paan :D

Ujang9897 said...

student uniten ker

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails