nuffnang

facebook!

nuffnang

PAANTHOLOGIST

01 March 2011

Orang Melaka Cakap Kasau?

Hari ni kelas kol9 aku ponteng, so bangun lmbat sket la, kol9.30 baru la mandi2 mekap2 bagi ensem2 sikit. Then tengah siap2 ade plak sorang mamat yang diiktiraf sebagai member aku dok im kt fb. Serius tak perasan. Dalam fikiran ni ade masalah sikit. Kekeliruan cinta. Ok sambung cerita.

So dalam masa sejam ni aku terbaca la entry kat topimagine.blogspot pasal Melaka kuat maki? Bukan Melaka rasanye, orang Melaka kot. Hehe. Just kidding. Actually aku pon ade experience duduk dekat Melaka. So kalau nak disebut experience, takde orang boleh nafikan ape yang aku cakap, sebab aku cerita balik je experience aku kan? Betul or tak betul tak taw la. So entry ni takde kira sebagai copy2 ha. Kira macam respond la.

2 tahun kat Melaka tu time kat mrsm la. Tempat aku mula transform jadi kacak bergaya. Cewah takdela. Tapi  betul la apa yang mostly orang cakap, orang Melaka diorang ni agak pedas atau dalam bahasa yang lagi sempoi, kuaja sikit la. Haha.

Perkataan macam sial, dah jadi macam biasa dah rasenye. Kat tempat aku jarang tengok orang tua2 dok lepak ramai2 borak2 macam tu. Tapi dekat Melaka, fuh, biasa je. Ok, time tu, aku dari mrsm nak balik ke kl, naik bas dari MC la, or Melaka Central. Dok tunggu sorang je. Time tu biasa la budak asrama. Time nak kua dari maktab pakai baju batik, dah kua baju tu simpan je ar dalam beg balik. Kedut pon ape kesah. Bukan ape, takot nanti orang cakap kerek pulak dok pakai baju batik. Kan?

Dok tengah tunggu tu, ade la dalam 4-5 orang dok lepak2, umur dalam 30something rasanye. Seingat aku time tu bulan puasa, fuh, dorang berborak punye rancak siap maki hamun orang plus sial2 dan words2 yang lain, ade cakap die tak puasa la. Macam2. Aku rilek je dok tepi. Time tu agak dah biasa dok Melaka. Then tiba2 leh lalu teacher EST aku miss Iri Dayanie. Boleh tahan cun jugak la dia ni. Time tu belum kawen lagi. Fuh.. ok2 jangan lebih2. Kontroversi. Then die lalu depan aku, depan pakcik2 tadi jugak la, rilek je pakcik tu ngorat2 sume. “lawa sial” then ade la sikit2 dorang cakap pasal bodyshape. Tak nak sebut. Haha. Tapi serius aku gelak sorang2 kat sebelah tu. cikgu aku kot. Actually banyak lagi kot, cuma aku tak berapa nak ingat je.


Kalo setakat ngorat2 kacau2 pompuan tu rasenye biasa la kot, tempat mane2 pon ade. Tapi tang bahasa dorang tu agak kasar la, tapi bagi aku lawak je. Sebab dah biasa kot. So sebab tu kadang2 aku enjoy je dok lepak dekat MC. Kadang2 dalam bas driver tu kol sape tah. Lagi best kot. Maki je memanjang.


Then ape yang aku perasan, orang Melaka punye slang macam tukar huruf R kat belakang jadi U. Macam TUKAR jadi TUKAU, GEGAR jadi GEGAU, KASAR jadi KASAU, LANCAR jadi LANC.. eh ok sambung citer lagi..

Pendapat aku pulak rasanya kalo sekali dengar, memang rasa macam kuaja bikin panas je bahasa dorang, tapi actually dorang ni jenis straight foward je, takde tapis2 bahasa. Tapi takde kasar mane kalo dah biasa dengan diorang. Siap boleh gelak lagi. Lagipon tak pernah aku tengok orang muda cakap macam tu dekat orang tua. So ok la kan? Baru ada identity sikit Melaka. Dulu time kecik2 mak aku cakap, jangan kawin dengan orang Melaka. Serius aku sampai sekarang taktaw kenapa. Gurau je kot. Haha.

Overall, dok Melaka memang best kot. Banyak perkataan “best” aku belajar macam “lakhanat”. Mane jumpe kat tempat lain wey..

25 Orang Gaduh Sebab Entry Ini:

sopiah said...

aku pun pernah dengar jugak orang cakap orang melaka ni kasar. haha aku pun tak tahu,sebab tak pernah lagi pergi sana :DD

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

huhu... btol tu bro... kire sape yang dh dok melaka baru la tau jiwa orang melaka cam ne...yang selalu kena maki tu, dh leh anggap bnda tu cm satu pujian kn :)

Bella Ayub said...

kot..kot..kot..

ye la kot..

kita tak ada member dari melaka..tp kite suka bace blogspot org melaka, bahasa kasau pedas tapi itu yang best nak bace kan :)

cik.erin said...

org malaka biase jew...tp cmne lak klu nk ckp, org klantn ckp pon kasau gak? cnth: nate mu...tp bg dorg normal kn...bnyk ragam bhsa nie...tu unik nye malaysia...cewah!

RastaMat said...

makian tu terapi jiwa..

syafeeqa said...

yup sokong.
kerana aku pun study kat melaka.
but,setern org j yg cakap cam tuhh.

btw,perkataan "lakhanat" tuh dah macam jadi satu trend kat sini.

hahadoi.

akuu belajauuu kat melakauu. -____-"

jadi tak aku ckp melaka..?
hahahha

Tieah Madian said...

Hahaha..
Aku tak suka sebenarnya guna word sial..
Tapi kan kalo dah marah dan tahap sabar tak leh nak tahan kadang2 terkeluar jugak..
Huhh! Perkataan menghanjing pun aku benci siot org pakai..
Perlu ke anjing?????????????????
Babi pun diguna jugak..
Ish2..

Entry Terbaru 1 : Antara Cinta Pengkid dan Gay
Entry Terbaru 2 : Sebenarnya Kita Sama-Sama Sombong

Mallisa Nadia said...

hahhhaha terus rindu mase sekolah kat melake..
" eh sial.. ko buat ape kat sini.."
jawapanye:-

"lahanat ko.. ko ingat ko je boleh ade kat sini?? "

wawawa rindu nak kene maki..hahhha :P

afro said...

haha.. betul tu.. kena maki tu yang buat makin rapat betul x?

Anonymous said...

aku ade je membe org melaka..lemah lembut je..x kasor pon.

ak rs suma ikot BG femili gak..

Unknown said...

8 tahun dok melaka... dah bebal dah..

hnshzk said...

haha tak faham?????aku sopan je...:p

hnshzk said...

nmpok ngt nipu nye.haha.budak lelaki je kot??;p

fyra said...

ha'a.org melaka ni kasar sikit .
dah dengar banyak cerita dah.":)

Anonymous said...

saya orang melaka. dan melaka memang kasar.
tapi orang melaka lah paling cool. heheh.

Gen Fujita said...

Of course bukan semua, tapi umumnya begitulah. Dulu ada kenal kawan pompuan orang Melaka, memang cara dia cakap agak "outstanding" dari biasa. Perkataan "hawau" pun kalau tak silap dari diorang jugak. He he...

saljihitam said...

actually banyak lagi kot, cuma aku tak berapa nak ingat je.

boleh percaya ke ni. keh3.

Unknown said...

yep memang pun..sepupu saya pun cakap kasau gak..sometimes kuang ajo ngan mak ayah dia..huhux orang mlake~ XD bru je gi mlake last week..kazen nikah..hahax

MaTNaggeR said...

betul gak tu.... tapi bagi aku, gaya bahasa dorang je bunyik mcm kasar bagi org lain tapi maksud yg dorang sampaikan taklah sgt.... dah memang gaya bahasa dia macam tu. Same gak perception org dengan gaya bahasa Sabah. kalau dah biase.... sebenarnye meaning die tak kasau pun kekeke~

afro said...

yup.. bahasa sabah tak sempat nak mendalami lagi.. hehe

Unknown said...

memang..ckp kasar gile ah..


Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

Fadhilah Mn said...

keh keh keh. kelakau baca entri ni. btw, hi, saya org melaka. yang pasal bahasa kasar and kurang ajar tu sebenarnya ikut family gak. kalau family dia mmg guna bahasa macam tu, jadi le kuang ajau. hehe, nice entri.

afro said...

@fadhilah, hehe, ni ikot pengalaman sendiri jugak.. so takde la nk kutuk sape2. mmg jadi depan mata kot.

Anonymous said...

Totally based on family background.jangan hanya jumpa sebilangan orang and straightly go for conclusion. I'm pure Malaccan and proudly ever to be Malaccan.but, my family didn't used that type of language. mostly the new generations of Malaccan have new attitude and more behave.I've travel a lots across country and what I found is just the same.kalau takat maki hamun,bkn dekat melaka je. and your mum statements have a relevance with the malaccan people. we are advised not to married the kalantanese man. it's fair huh?

afro said...

dear miss anonymous, yes my opinion is not referring to all malaccan, and this story is true story that happen to me, and some malaccan also admit that their way of talking is a bit hash, and if u google up, like what i do before writing this, u will know theres many ppl out there with same opinion with me. and about the kelantanese, my mother also advice me about them. dont take it personally ok? it just my experience mingle around with melaccan.

paanthology. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails